Akmal Rizal Rakhli, Penyerang Muda Paling Klinikal Dimiliki Malaysia

Pada hari ini Luqman Haqim Shamsudin merupakan pemain remaja terbaik dimiliki oleh Malaysia. Pemain yang dibangunkan oleh program NFDP ini sedang berada di Eropah dan sedang dibangunkan oleh KV Kortrijk.

Pada masa lalu Akmal Rizal Rakhli adalah pemain remaja terbaik Malaysia. Pemain kelahiran kedah itu mendapat pendedahan akhir bersama skuad projek Olimpik Malaysia sebelum terbang ke Eropah menyertai SC Strasbourg.

Strasbourg bermain di liga tertinggi Perancis dan Akmal Rizal dipinjamkan ke FRSC Haguenau untuk dibangunkan.

Selepas 2 musim disana nasib tidak menyebelahi Akmal Rizal apabila mengalami kecederaan hamstring yang serius. Pada ketika itu kariernya hampir berkembang apabila mula menarik minat kelan lain.

“2 bulan sebelum kontrak saya tamat, saya mengalami kecederaan serius di bahagian hamstring,

“Sebelum itu saya mendapat tawaran bersama CS Sedan, pasukan yang berada dalam divisyen 1 Perancis.” Akmal bercakap di halaman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia

Semangat dan cita-cita anak muda ini tidak putus untuk kembali ke eropah namun sekali lagi tidak bernasib baik untuk memijak bumi England.

“Pada tahun 2003 saya pernah berbincang dengan seorang ejen untuk membawa saya ke Norwich City,

“Mereka memang beriya-iya untuk membawa saya ke Norwich dan saya telah bersetuju sepenuh tapi tunggu sampai ke sudah tiada apa-apa perkembangan jadi saya terus kekal di liga Malaysia saja.”

Pemain muda paling klinikal di Malaysia

Sejak itu Akmal meneruskan kariernya di Malaysia iaitu pada usia 20 tahun.

Walaupun Akmal tidak mengecapi banyak kejayaan tertinggi bersama pasukan yang disertainya namun dia mempunyai statistik peribadi yang sukar dilakukan oleh pemain muda hari ini.

Ia menunjukkan pemain ini mempunyai bakat tertinggi seperti apa yang dilihat oleh Obermann, Le Roy dan Allan Harris.

Harris merupakan ketua jurulatih Malaysia sering mengutamakan Akmal dalam panggilan antarabangsa. Dia pernah berkata ‘tidak mengapa jika pemain cedera tetapi jangan Akmal’.

Pada era Harris Malaysia masih boleh memberi sedikit saingan dalam kelayakan Piala Dunia sebelum merudum ketika era Bertalan Bisckei.

Bersama Kedah, pasukan itu mendapat promosi ke Liga Perdana 1 (kini Liga Super) selepas menjuarai Liga Perdana 2 (kini Liga Perdana).

Pada usia semuda itu Akmal mengumpul koleksi 18 jaringan dalam 3 pertandingan utama Malaysia di musim pertamanya.

Prestasi terbaiknya ditunjukan pada perlawanan ke-2 hingga ke-7 LP1 2002. Dia mencetak 7 gol dalam 6 perlawanan.

Akmal tidak menunggu lama untuk membuktikan dia adalah penyerang muda terbaik dimiliki pada ketika itu. Akmal mencatat hatrik peribadi pertama pada penampilan ke-10 liga. Juga di tahun pertamanya dalam kancah saingan domestik.

Pada musim berikutnya Akmal merekod 2 kali lagi hatrik. Pada tahun 2004 Akmal meledak 4 jaringan dalam 1 perlawanan -kempen Piala Malaysia.

Jika tidak kerana kecederaan yang dialami pada pertengahan musim 2005, jaringan Akmal mungkin lebih banyak. Sebelum usianya mencecah 23 tahun Akmal sudah mempunyai koleksi 51 gol dalam semua pertandingan.

Berikut adalah koleksi jaringannya bersama Kedah ketika berusia 20, 21, 22 dan 23. Akmal lahir pada Disember 1981 dan penutup musim 2005 pada September, 3 bulan sebelum Akmal menyambut ulang tahun kelahiran ke-23.

  • 2002: 18 gol (13-4-1)
  • 2003: 10 gol (7-1-2)
  • 2004: 15 gol (7-1-7)
  • 2005: 8 gol (6-2-0)

Siapa lagi pemain muda Malaysia yang mempunyai statistik jaringan seperti Akmal?

Baca juga

Analisis: England Hanya Perlukan 2 Gol Untuk Menjuarai Kumpulan D

Akmal juga berkongsi tentang pengalamannya menyesuaikan diri di eropah. Selepas Akmal hanya Luqman Haqim bertahan lama sementara itu Nazmi Faiz Mansor, Wan Zack Haiqal dan beberapa pemain lagi hanya bertahan 6 bulan di luar Malaysia.

“Apabila kesana (eropah) bukan sesuatu yang mudah. Faktor persekitaran, faktor kawan-kawan, faktor cuaca dan bahasa disana amat berbeza dengan apa yang saya ada di kedah,

“Faktor saiz (fizikal) dan sebagainya pada awalnya mungkin ada sedikit kesukaran tapi selepas 3 bulan saya dapat sesuaikan keadaan dan saya dapat menjaringkan banyak gol bersama Haguenau,

“Pada awalnya mereka mengaggap Malaysia ini, mereka tak tahu pun wujudnya (Malaysia) dalam kancah bola sepak,

“Kita nak dapat respect dari pemain itu memang ambik masa sikit, dengan aksi kita di padang baru mereka tahu Malaysia juga mempunyai pemain yang boleh bermain bola sepak,

“Jadi disitu saya tunjukan yang terbaik dan tunjuk kita memang ada kualiti untuk bermain. Kita tunjuk kita boleh setanding dengan pemain mereka.” tambah Akmal di sesi video Jabatan Penerangan Malaysia

Baca yang lain