Akrobeto Mengagumi Peminat Dengan Gaya Bacaan Berita Yang Penuh Bersemangat

Akrobeto atau nama sebenarnya Akwasi Boadi merupakan seorang penyampai TV, pelawak dan pelakon terkenal di Ghana.

Baru-baru ini telah tular satu video yang memperlihatkan beliau sedang membaca berita tentang keputusan perlawanan bola sepak dari beberapa liga utama Eropah.

Gaya penyampaiannya yang penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh itu telah berjaya menarik perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia.

Akrobeto ketika itu ditugaskan untuk membaca berita berkait keputusan perlawanan bola sepak dan beliau bersiaran langsung dalam program ‘The Real News with Akrobeto’.

Program tersebut disiarkan di station TV Ghana, namun dek kerana gaya penyampaiannya yang menarik itu, video pembacaan berita beliau telah menjadi tular di media sosial.

Jelas sekali, gaya penyampaiannya tidak sama seperti apa yang difikirkan oleh kebanyakkan orang.

Seandainya kita menonton gaya penyampaian dari pengulas di Gillete Soccer Saturday, Final Score dan BT Sport Score, mereka sekadar membaca keputusan perlawanan dan memberi sedikit informasi kepada penonton.

Gaya ulasan mereka juga lebih santai dan bersahaja dengan nada yang mendatar. Namun, ianya jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Akrobeto.

Gaya bacaan berita dari Akrobeto cukup menarik dan para peminat menjadi sungguh tertarik dengan penyampai berita berusia 58 tahun itu kerana semangat yang beliau tunjukkan.

Beliau ketika menyebut nama pemain atau pasukan, Akrobeto akan menggunakan nada yang paling bersemangat.

Selain menggunakan nada yang penuh semangat, Boardi juga memiliki tahap keyakinan yang luar biasa mengagumkan.

Ketika beliau menyebut nama pemain atau nama kelab yang asing baginya, Akrobeto akan berusaha sehabis daya untuk menyebut nama tersebut dengan betul semampunya.

Lihat saja bagaimana intonasi suaranya beliau yang semakin meninggi dan memberi aura yang luar biasa hebat kepada para penonton.

Mungkin ada yang berfikir bahawa beliau merupakan peminat setia premier league, dan kerana itulah Akrobeto begitu bersemangat ketika mengulas perlawanan berkait EPL.

Namun sebenarnya, bukan hanya premier league sahaja yang mendapat layanan sebegitu darinya. Pelakon dari Ghana itu juga turut membaca keputusan perlawanan dari saingan Serie A dan Bundesliga dengan penuh semangat.

Semangat dan pesona yang beliau tunjukkan berjaya menarik minat penonton dari Itali dan Jerman yang begitu teruja melihat gaya penyampaiannya.

Para peminat memberi reaksi positif selepas melihat gaya ulasan dari Boardi dan ramai yang bersetuju untuk menjadi peminat setianya dan tidak sabar untuk menyaksikan Akrobeto setiap hari Sabtu di television.

Abaikan sebutan beliau, tetapi nilai lah usaha beliau dan semangat Boardi ketika membaca berita.

Baca yang lain