Aksi Budak 10 Tahun Selamatkan Diri & Adiknya Ketika Kebakaran Dengan Terjun Tingkap

Sebuah video yang membuatkan jantung seakan terhenti telah tular di media sosial.

Di mana ia memaparkan dua adik beradik yang melompat dari bangunan yang terbakar. Syukurlah, mereka berjaya ditangkap oleh orang awam yang menyelamatkan mereka dari bawah bangunan.

Keduanya dilaporkan melompat dari tingkap tingkat tiga bangunan pangsapuri yang terbakar di Perancis.

Rakaman dramatik aksi menyelamat dari bandar Grenoble itu sangat mendebarkan dalam kejadian itu berlaku pada hari Selasa lalu.

Dua adik beradik terpaksa melompat dari tingkap ketika apartment mereka terbakar.

Menurut CTV News, mereka diberitahu oleh jiran kepada keluarga tersebut.

Di mana dua kanak kanak berusia 3 dan 10 tahun itu ditinggalkan di dalam apartment oleh ibu bapa mereka yang keluar.

Dan kedua dua mereka tiada kunci pagar besi pintu mereka.

Video tersebut memaparkan kepulan asap tebal keluar dari pangsapuri tersebut.

Abangnya yang berusia 10 tahun telah menjerit kepada orang awam di luar. Dan dia menyatakan rancangan kecemasannya untuk melompat keluar.

Kerana mereka hanya dapat membuka pintu tingkap itu sahaja pada ketika itu.

Orang awam di situ bersedia menyambut mereka.

Abanya lalu mengangkat adiknya dan melepaskannya ke bawah.

Aksi abangnya itu diiringi suara jeritan perempuan yang menyaksikan kejadian penuh dramatik dan mendebarkan itu.

Selepas adiknya berjaya diselamatkan, giliran abangnya pula melompat keluar.

Dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada jirannya dengan melompat keluar.

Aksi itu sangat berisiko kerana boleh mengundang kecelakaan.

Abang berjaya diselamatkan. Dan puluhan anggota bomba juga bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Tujuh belas orang cedera dalam kejadian itu, menurut media tempatan. Punca kebakaran belum diketahui.

Pelajar berusia 25 tahun bernama Athoumani Walid, antara salah seorang penyelamat dua budak tersebut.

Dia mengalami patah tangan ketika menangkap anak-anak. Dia bergegas ke bangunan tersebut ketika mendengar suara orang meminta tolong.

Namun baginya tidak mengapa patah tangan, asalkan dua kanak kanak yang dia lihat wajahnya meminta bantuan itu selamat.

“Saya melihat kedua kanak-kanak itu menjerit. Mereka berada di tingkap di tingkat tiga. Terdapat banyak asap, api, letupan, bahkan di dalam bangunan rumah itu sendiri. Kanak-kanak itu ketakutan. Mereka menangis,” katanya.

Datuk Bandar Grenoble, Eric Piolle, mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang menyelamatkan kanak kanak itu.

Dalam catatan di Facebook, dia menulis, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Villeneuve yang berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap di apartmen mereka yang terbakar hari ini.”

“Dengan bergandingan tangan, mereka membiarkan dua anak kecil itu keluar dari drama ini dengan selamat.”

“Ianya sesuai dengan tradisi solidariti dan kerjasaman masyarakat di Grenoble, terutamanya di Villeneuve sepanjang tahun sepanjang yang kita lihat semasa lockdown (pengagihan makanan, gotong royong, konsert di balkoni …).”

“Di mana kita bersama-sama bergandingan dan dapat selamatkan anak-anak tersebut. Diharap mereka yang cedera kerana usaha menyelamat akan segera sembuh.”

Sementara itu, Datuk Bandar berkenan untuk memberikan pingat penghargaan kepada Athoumani Walid di atas baktinya.

Satu aksi terpuji daripada si abang dan masyarakat yang membantu di situ. Salute!

Baca yang lain