Aksi Dan Laporan Debut Pablo Mari Yang Power

Pablo Mari akhirnya membuat debut bersama dengan pasukan Arsenal.

Bekas pemain Flamengo itu menyertai Arsenal pada Januari lalu.

Namun begitu, beliau, terpaksa menunggu beberapa minggu untuk melakukan debut kerana belum cergas sepenuhnya.

Mikel Arteta mahukan Pablo Mari bagi memperkasa kualiti pertahanan pasukan Arsenal.

Mari merupakan bekas graduan akademi Manchester City.

Dalam aksi Piala FA berhadapan dengan Portsmouth, Pablo Mari diturunkan. Beliau digandingan dengan David Luiz. Dan pemain itu bermain dengan sangat baik sekali.

David Luiz juga turut gembira dengan prestasi Pablo Mari yang seperti sudah lama merumput bersama pasukan Arsenal.

Statistik Awesome

Dalam aksi berhadapan dengan Portsmouth semalam, beliau berjaya melakukan 5 clearances di dalam perlawanan ini dan melakukan hadangan / block sebanyak 3 kali.

Dari segi distribusi, Pablo Mari juga sangat bagus dengan mencatatkan 13 hantaran jauh tepat daripada 17 yang dilakukannya.

Walaupun seorang bek tengah dan baru bermain bersama Arsenal, beliau telah menunjukkan keyakinan tingginya di dalam pasukan ini.

Pablo Mari sangat vokal di dalam padang. Beliau terlibat aktif dalam banyak gerakan dari bawah. Catatan 100 sentuhan bola oleh Pablo Mari memang power.

Mikel Arteta turut memuji debut pemain ini. Kelihatan £8 juta dibayar untuk Pablo Mari mari ke Arsenal, harga yang berbaloi.

Arsenal menang 2-0 ke atas Portsmouth untuk menempah tempat ke suku akhir piala FA 2019/20.

Dua gol Arsenal adalah menerusi Sokratis dan juga Eddie Nketiah.

Rumusan

Satu debut yang baik. Namun harus diingat ianya hanya satu perlawanan. Masih ada banyak perlawanan lagi untuk Pablo Mari.

Beliau kini berpeluang untuk makan namanya sebagai pemain utama dalam pasukan Arsenal sekiranya terus cemerlang.

Ini kerana pasukan Arsenal berdepan dengan krisis kecederaan pemain pertahanan.

Arsenal akan kembali fokus semula kepada saingan Liga Perdana Inggeris dalam usaha mereka mahu kembali semula ke Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain