Aksi Double Saves Ala Spiderman Luar Biasa Ter Stegen Yang Sukar Dipercayai

Semalam Barcelona berhadapan dengan Getafe. Barcelona menang tipis 2-1 ke atas Getafe dalam aksi Liga Sepanyol.

Namun kemenangan itu mungkin hilang jika Ter Stegen tidak melakukan double save padu. dalam perlawanan ini.

Pemain kebangsaan Jerman yang berusia 27 tahun, telah menyertai Barcelona dari Borussia Mönchengladbach pada 2014. Beliau dibeli bagi menggantikan Claudio Bravo sebagai penjaga gol utama.

Sejak menyertai pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona, Ter Stegen secara konsisten menghasilkan persembahan kelas tinggi dalam setiap perlawanan.

Beliau antara pemain yang paling konsisten di dalam kem Barcelona sejak 2-3 musim kebelakangan ini.

Beliau berada di kelas elit untuk penjaga gol.

Bak kata orang, Tanpa Messi, Barcelona akan menjadi pasukan biasa, tanpa Ter Stegen Barcelona akan menjadi malapetaka.

Hal ini kerana kualiti pertahanan mereka yang tidak konsisten. Barcelona terlalu banyak membayar pemain penyerang dan sangat sedikit melaburkannya untuk pertahanan.

Dan pemain antarabangsa Jerman itu meningkatkan lagi reputasinya ketika kemenangan Barca 2-1 ke atas Getafe di Nou Camp.

Ter Stegen melakukan double saves yang juga point blank save pada minit ke-15 perlawanan. Bola yang ditampannya itu melantun ke arah peyerang Getafe, Jaime Mata.

Belum sempat Mata cuba menyambar bola, Ter Stegen bingkas dang terus mengeluarkan bola tersebut.

Korang layan di sini:

Ter Stegen sangat tangkas dan fokus dalam berhadapan situasi tersebut. Reaksi beliau sangat baik. Seterusnya agility Ter Stegen memang superb beb!

Bukan senang nak menyelamatkan bola yang ditembak jarak dekat seperti itu. Dan cuba bangkit dengan segera dalam situasi itu.

Oleh sebab konsistensi beliau, sudah ramai peminat merasakan sudah tiba masanya Ter Stegen menjadi no.1 di Jerman.

Namun Manuel Neuer pula masih dalam prestasi tertingginya di kelab dan pasukan kebangsaan.

Malah pengulas perlawanan menganggap aksi Marc Andre Ter Stegen persis spiderman.

Barca menang 2-1

Barcelona berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Antoine Griezmann meletakkan Barcelona di hadapan pada minit ke-33.

Tiga minit kemudian, Sergi Roberto menambah satu lagi gol untuk Barcelona masuk ke  bilik persalinan  dengan pendahuluan dua gol berbalas kosong.

Namun Getafe ternyata memberikan tentangan sengit kepada Barcelona. Mereka merapatkan jurang gol pada minit ke-66 menerusi Angel Rodriguez.

Kemenangan ini membolehkan Barcelona mengikat mata Real Madrid. Los Blancos akan turun pada hari ini – awal pagi esok waktu Malaysia.

Persaingan Real Madrid dan Barcelona musim ini nampak lebih sengit. Pasukan bimbingan Zinedine Zidane itu kelihatan pada fasa terbaik mereka sejak mereka menderita kerana hilang impak Cristiano Ronaldo.

Zidane juga mengesahkan bahawa Eden Hazard sudah kembali cergas dan sedia untuk beraksi. Ini perkembangan yang ditunggu peminat Real Madrid.

Paling menarik, Thibaut Courtois turut berada dalam prestasi terbaik, sehinggakan beliau diundi sebagai Pemain Terbaik Bulan Januari dalam kancah saingan La Liga.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan