NXT TakeOver: Stand & Deliver Night telah berlangsung awal pagi tadi dengan beberapa perlawanan dianggap sebagai yang terbaik dan berbaloi untuk ditonton.
Main event kali ini memperlihatkan Raquel Gonzalez berjaya mengalahkan Io Shirai untuk merampas sabuk kejuaraan Wanita NXT dalam satu perlawanan yang sungguh menarik.
Tempoh 304 hari Io Shirai menyandang kejuaraan Wanita NXT itu berakhir di acara ini selepas beliau terpaksa akur dengan kekalahan kepada Raquel Gonzalez.
⭐️Notas para o #NXTTakeOver Stand & Deliver, Noite 1:
> Stark vs Storm – 3*
> Dunne vs KUSHIDA – 3.5*
> GAUNTLET ELIMINATOR – 3.25*
> WALTER vs Ciampa – 4.5*
> Tag Titles Triple Threat – 4*
> Shirai vs González – 3.5* pic.twitter.com/gab6EdtSMk— 4Corners Wrestling Podcast (@fourcwp) April 8, 2021
Ketika salah seorang Juara bertahan paling lama dalam NXT terpaksa melepaskan sabuk kejuaraan miliknya, seorang lagi Juara paling dominan pula berjaya untuk mempertahankan sabuk emas miliknya.
WALTER berjaya mempertahankan sabuk kejuaraan United Kingdom NXT miliknya dengan menewaskan Tommaso Ciampa dalam satu perlawanan yang sungguh dasyat.
Penggusti dari Austria itu dilihat telah mendominasi lawannya sejak awal lagi dengan berjaya melepaskan chops padu ke atas lawannya dan turut mematahkan alas meja pengulas dengan chops yang maha padu itu.
Namun Ciampa tetap mampu untuk bertahan dan tidak membiarkan WALTER mudah mendominasi beliau dalam perlawanan ini.
Truly a MOTN, from start to finish it kept you being hooked up from hard hitting to the storytelling of walter hurting his hand while breaking the announce table cover. it’s was just a banger match with having two shocking great pinfall by ciampa #NXTTakeOver pic.twitter.com/6ngu6JwvWo
— El Señor Tribal kat 🦦 (@katsurouwu) April 8, 2021
Dengan satu gerakan German Suplex-chop, WALTER berjaya menewaskan Ciampa seterusnya mempertahankan sabuk kejuaraan UK miliknya.
Dengan kemenangan itu, WALTER secara rasminya berjaya memanjangkan lagi tempoh dominasinya dengan menjadi Juara UK selama 734 hari.
Selepas tamat perlawanan tersebut, laman rasmi NXT telah mengesahkan bahawa ‘The Ring General’ itu kini merupakan Juara paling dominan dan paling lama dalam sejarah modern WWE.
WALTER berjaya mengatasi beberapa nama besar yang lain untuk bergelar Juara paling lama dalam sejarah modern WWE.
Berikut merupakan 10 nama Juara paling lama dalam sejarah modern WWE menurut data syarikat sendiri.
WALTER JUST CHOPPED CIAMPA INTO A PINFALL.
The #NXTUK Championship is staying with the Ring General!#NXTTakeOver #WWENXT pic.twitter.com/TdG748OFOk
— Peyton Wesner (@pcwesner) April 8, 2021
1: WALTER (NXT UK Champion) – 743 hari dan masih bergelar Juara
2: Pete Dunne (NXT UK Champion) – 685 hari
3. Kay Lee Ray (NXT UK Women’s Champion) – 586 hari dan masih bergelar Juara
4: Asuka (NXT Women’s Champion) – 522 hari
5: Brock Lesnar (Universal Champion) – 504 hari
6: Gallus (NXT UK Tag Team Champions) – 497 hari
7: The New Day (WWE Tag Team Champions) – 483 hari
8: CM Punk (WWE Champion) – 434 hari
9: Shayna Baszler (NXT Women’s Champion) – 416 hari
10: John Cena (WWE Champion) – 380 hari
🔥 10. John Cena (WWE Champion) – 380 days
😱 5. Brock Lesnar (Universal Champion) – 504 days
🤯 1. WALTER (NXT UK Champion) – 743 days+Does WALTER really deserve the tag of WWE's most dominant champion? 🤔 #NXTTakeOver https://t.co/nv9V2pbLKq
— GiveMeSport WWE & Wrestling (@GMS_WWE) April 8, 2021
Jika dilihat pada senarai tersebut, WALTER seharusnya berbangga kerana mampu mengatasi barisan legenda seperti John Cena, Brock Lesner dan CM Punk.
Tidak boleh dinafikan lagi bahawa ‘The Ring General’ itu ketika ini merupakan Juara paling dominan dalam sejarah WWE.
Para peminat tentunya menanti untuk melihat siapakah bakal memecah dominasi tersebut dengan menewaskan Juara UK itu.
WALTER selepas ini akan bertemu dengan Rampage Brown untuk mempertahankan sabuk kejuaraan UK miliknya.