Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Luton Town dan Bournemouth digantung / ditunda pada minit ke-65 dengan kedudukan 1-1 selepas kapten Luton Tom Lockyer rebah di atas padang di Stadium Vitality pada hari Sabtu.
Insiden berlaku pada minit ke-59 apabila Lockyer rebah berhampiran bulatan tengah. Di mana pemain itu disahkan mengalami serangan jantung.
Pemain Wales berusia 29 tahun itu juga rebah pada minit ke-11 perlawanan akhir play-off Kejuaraan menentang Coventry di Stadium Wembley pada Mei tahun ini sebelum dibawa ke hospital.
Luton telah mendahului menerusi jaringan Elijah Adebayo pada minit ketiga. Bagaimanapun, Dominic Solanke menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-58.
Kemudian perlawanan terpaksa dihentikan dan ditunda atas persetujuan kedua dua pasukan. Namun seperkara yang positif, kerana Tom Lockyer dilaporkan memberikan respon yang positif ketika di terowong stadium.
“Perlawanan antara AFC Bournemouth dan Luton Town telah digantung. Semua fikiran kami adalah dengan Tom Lockyer pada masa ini,” Luton mengesahkan dengan catatan di X / Twitter.
We all hope and pray for our leader and captain Tom Lockyer, who is thankfully responsive and has been taken to hospital.
We don’t know the full extent of what happened and what the next steps are at this stage, but we thank Bournemouth and the medical staff on both sides for… pic.twitter.com/pPCuB9ROju
— Luton Town FC (@LutonTown) December 16, 2023
“Kami tidak tahu sejauh mana apa yang berlaku dan apakah langkah seterusnya pada peringkat ini, tetapi kami mengucapkan terima kasih kepada Bournemouth dan kakitangan perubatan di kedua-dua pihak atas tindak balas segera mereka, yang benar-benar menakjubkan,” kata Luton dalam satu laman sosial berasingan. siaran media.
Peminat bola sepak tidak henti henti mendoakan Tom Lockyer. Di dalam stadium peminat kedua dua pasukan memberikan sorakan sokongan kepada kapten Luton itu.
Rob Edwards does a lap to thank the Luton and Bournemouth fans for their support after the match was abandoned.
We're all with Tom Lockyer. ❤️#AstroEPL #BOULUT pic.twitter.com/eYbxDkRqKU
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) December 16, 2023
Dan Tom Lockyer pastinya akan dirujuk kepada pakar perubatan selepas ini untuk melihat sejauh mana risiko masalah jantung ini kepada beliau jika terus bermain di peringkat profesional. Hal ini kerana ianya sudah dua kali pemain itu mendapat bantuan kecemasan kerana masalah jantung.
Musim lalu, Sergio Aguero terpaksa bersara daripada bola sepak atas nasihat doktor selepas jantungnya menunjukkan degupan yang tidak normal ketika beraksi secara intensif di atas padang.
Sebelum itu dalam Euro 2022 yang lalu, Christian Eriksen hampir meninggal dunia di atas padang, mujur bantuan kecemasan dilakukan dengan segera ketika pemain itu mengalami serangan jantung.
Eriksen kemudian memakai alat bantuan jantung untuk meneruskan kariernya dalam bola sepak.