Aksi Memukau Nuno Tavares: Offensive Fullback Yang Kreatif

Nuno Tavares membuat kemunculan pertamanya selaku pemain kesebelasan utama sejak menyertai Arsenal pada musim panas lalu.

Dan beliau menjadi nadi penting Arsenal ketika skuad bimbingan Mikel Arteta menang 3-1 di Emirates.

Tavares disertakan dalam kesebelasan utama menggantikan Kieran Tierney yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Arteta: Dia sudah sedia

Sebelum sepak mula, Arteta menjelaskan bahawa beliau percayakan Nuno Tavares untuk mengisi kekosongan tersebut kerana pemain itu sudah bersedia.

Jadi tiada istilah bidan terjun dalam pemilihan Nuno Tavares pada kali ini.

Arteta berkata: “Dia [Nuno Tavares] pemain yang berbakat besar dan berpotensi tinggi. Kieran tidak dapat beraksi kerana cedera dan dia [Tavares] kelihatan sudah bersedia.”

“Kami mahu memberikan peluang kepada pemain pemain muda kami dan kami menaruh kepercayaan kepada dia.”

Prestasi Nuno Tavares lebih daripada cukup untuk menggantikan Kieran Tierney. Malah impak pemain itu ketika menyerang ada kelebihannya tersendiri.

Tavares memiliki keupayaan menggelecek yang sangat baik untuk seorang pemain bek sisi. Di mana dia memiliki beberapa maneuver yang bagus di atas padang.

Pemain yang dibeli £7 juta pada pra musim, telah memikat hati peminat Arsenal.

Nuno Tavares memberikan masalah kepada bek kanan Aston Villa dengan beberapa siri serangan yang dilakukannya. Dia seorang yang sangat laju dan lasak.

Ketika menyertai Arsenal, Nuno Tavares memang mengakui dia seorang pemain yang boleh menggelecek dan menyerang.

Dari segi defensif, dia berjaya mengurangkan impak Matty Cash. Yang membuatkan Dean Smith memasukkan Leon Bailey untuk membantu serangan dari arah kanan.

Kreatif

Dalam bola sepak moden hari ini, posisi fullback bukan lagi posisi yang hanya merujuk kepada stereotaip pemain bek tengah atau pemain sayap yang gagal. Sebaliknya Fullback dituntut untuk menyuntik elemen kreativiti dan kualiti hantaran.

Aspek itu telah ditunjukkan Tavares dalam perlawanan ini.

Sepanjang perlawanan, Nuno Tavares menyumbang kepada 4 hantaran lintang yang dua daripadanya tepat kepada rakannya.

Tavares turut mencipta 1 peluang keemasan untuk rakannya dalam perlawanan ini.

Selain itu, aspek serangan yang bagus dari Tavares terbukti apabila pemain ini berjaya melakukan 1 percubaan tepat ke gawang lawan.

Dia turut melakukan 3 clearances dan 2 bentesan tepat. Cuma dari aspek kehilangan bola, Tavares kehilangan bola 14 kali.

Apapun prestasinya memang layak diberika pujian dengan mengambil kira ini adalah aksi pertamanya selaku pemain kesebelasan utama.

Arsenal menang 3-1 ke atas Aston Villa. Di mana The Gunners menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi Thomas Partey dan juga Aubameyang pada masa keccederaan.

Pada separuh masa kedua, Emile Smith Rowe menambah satu lagi gol. Manakala gol saguhati Villa dijaringkan pemain gantian, Jacob Ramsey.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi