Aksi Padu Brendan Gan Benam Pasukan Gergasi Asean, Thailand

Hari terbaik di dalam kehidupan saya, melihat superhero iaitu isteri melahirkan anak lelaki ini ke dunia,” ujar Brendan ketika tiba di kem kebangsaan 7 hari lepas.

Brendan pantas menjadi pemain paling menonjol ketika menumbangkan gergasi Asia Tenggara, Thailand 2-1 di Bukit Jalil.

Ketika artikel ini ditulis Vietnam sedang mendahului Emeriyah Arab Bersatu (UAE) 1-0, UAE bermain dengan 10 orang selepas menerima 1 kad merah.

Jika keputusan ini kekal ia bermakna Malaysia kekal di tangga ke-4 tetapi berjaya merapatkan jurang mata dengan 3 pasukan teratas.

  1. VIETNAM 10
  2. THAILAND 7
  3. UAE 6
  4. MALAYSIA 6
  5. INDONESIA 0

Thailand bermula dengan garang

Akira Nishino menurunkan 4 pemain menyerang terkuatnya yang tidak tewas dalam 4 perlawanan sebelumnya termasuk menewaskan Congo dalam perlawanan persahabatan.

Chanatip Songkrasin kembali menguatkan pasukan selepas disisihkan pada panggilan Oktober.

Chanatip menjaringkan gol seawal minit ke-7 selepas menerima umpanan dari Ekanit Panya di sebelah kira selepas Thailand melancarkan serangan balas melalui Tristan Do.

Selepas minit ke-20 Malaysia mua menunjukkan peningkatan permainan. Brendan Gan menjadi pemain paling dinamik ketika Malaysia mula menguasai permainan.

Brendan cemerlang dalam 2 peranan membantu pertahanan dan menyokong serangan skuad Tan Cheng Hoe.

Pada minit ke-27 gerakan yang bermula dari Corbin Ong berjaya disudah oleh Brendan.

Malaysia menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.

Menyerang Adalah Bertahan Paling Baik

Bermula separuh masa ke-2, Malaysia mendominasi permainan secara total dengan melakukan serangan secara berterusan.

Brendan mengekalkan fungsi cemerlangnya ketika menyerang dan ketika diserang balas.

2 kali Brendan Gan berjaya melakukan bentesan kunci bagi mematahkan serangan balas pihak lawan. Lebih manis 1 darinya membawa kepada gerakan gol kemenangan Harimau Malaysia.

Selepas melakukan bentesan dari belakang ke atas Chanatip, Brendan mara ke depan kotak penalti dan melambungkan bola kepada Mamadou Sumareh.

Beberapa minit sebelum tamat perlawanan Brendan hampir menjaringkan gol ke-3 selepas melakukan gelecekan genius disebelah kanan kotak penalti. Namun percubaan sedikit tersasar di kiri pintu gol.

Brendan menampilkan permainan dinamik yang merangsang jentera tengah, menenggelamkan kreativiti pemain Asia Tenggara yang cemerlang di j League Chanathip.

Kunci transisi dari bertahan-menyerang dan menyerang-bertahan berada di tahap mengagumkan. Tidak boleh disangkal Brendan Gan adalah pemain terbaik pada perlawanan ini.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Vietnam dalam perlawanan ke-5 peringkat kumpulan. Prestasi Brendan Gan pasti akan ditagih sekali lagi.

Baca yang lain