Aksi Padu Robin Olsen Musnahkan Penguasaan Solid (75%) Sepanyol

SEPANYOL 0 SWEDEN 0

Sepanyol turun di kejohanan eropah tanpa leadership dari Sergio Ramos. Pemain ini dan rakannya di Real Madrid tidak berada dalam senarai Luis Enrique.

Sergio Busquets tidak dapat berada dalam senarai utama kerana masih belum cergas.

Sweden juga turun tanpa 3 pemain yang masih cedera dan kurang cergas. Dejan Kulusevski antara yang berada dalam senarai tersebut.

SEPANYOL DOMINAN, ROBIN OLSEN LUARBIASA

Kedua-dua pasukan menampilkan aksi sederhana sepanjang 15 minit pertama. Walaupun Sepanyol menguasai permainan secara menyeluruh (85%) namun percubaan terbaik hanya hadir pada minit ke-16.

Dani Olmo melepaskan satu tandukan guarantee goal tetapi penjaga gol Sweden, Robin Olsen melakukan aksi penyelamat luar biasa mengeluarkan bola di atas garisan.

Pada minit ke-22 pemain tengah Sepanyol, Koke mensiakan peluang menjaringkan gol pembukaan apabila rembatan outside foot dalam kotak penalti tersasar di sebelah kanan gawang Sweden.

Berselang 7 minit Koke sekali lagi menampilkan sentuhan kelam kabut apabila hanya mampu melakukan tampanan ke langit di dalam kotak penalti walaupun hanya berdepan dengan Olsen.

Peluang terbesar Sepanyol hadir pada minit ke-38 apabila Marcus Danielson melakukan kesilapan buruk gagal menahan kemas bola hantaran silang Jordi Alba.

Alvaro Morata hanya perlu menewaskan Olmo tetapi melakukan sepakan tersasar di sebelah kanan gawang.

Pada minit ke-41, dengan penguasaan kecil (20%) Sweden hampir mengejutkan Sepanyol.

Percubaan Alexandre Isak dari dalam kotak penalti terkena pertahanan lawan, tiang menjadi penyelamat bola lantunan tersebut dari bergolek ke dalam gawang sendiri.

Seminit sebelum babak pertama berakhir, Olmo sekali lagi berjaya melepaskan percubaan gred A dari luar kotak penalti dan Olsen juga sekali lagi melakukan aksi penyelamat gred A.

Babak pertama Olsen menjadi hero Sweden daripada dibolosi dan mengikat Sepanyol walaupun skuad Enrique mempunyai penguasaan solid (79%) dan 9 percubaan.

Baca juga

Dunia Bola Sepak Dikejutkan Dengan Kejadian Menimpa Christian Eriksen

SEPANYOL TERUS MENDOMINASI, BERG HAMPIR KEJUTKAN ENRIQUE

Ketika Olmo menunjukan kemampuannya dalam melakukan produk akhir, Morata sekali lagi menunjukan penyudah tumpul.

Percubaanya pada minit ke-50 tersasar walaupun tidak mendapat tekanan dari pemain lawan.

Minit ke-60, Sepanyol hampir dikejutkan Sweden, bermula dengan serangan pantas Isak berjaya memperdayakan 3 pertahanan Sepanyol sebelum melorongkan bola kepada Marcus Berg.

Berg hanya perlu menolak masuk bola ke dalam gawang Sepanyol tetapi pada jarak hanya 1 meter tolakan Berg melambung tinggi dan tersasar.

Tersentak dengan persembahan anah buahnya, Enrique mengeluarkan Morata yang lemau dan Rodri dengan memasukan Thiago Alcantara dan Pablo Sarabia.

Kekecewaan Janne Andersson terhadap Berg yang terlepas peluang besar membuatkan pengurus itu mengeluarkannya dan memasukan Robin Quaisson.

Olmo sekali menjadi ancaman besar kepada Sweden, pada minit ke-73 penyerang ini melepaskan percubaan padu dari dalam kotak penalti tetapi berjaya dihadang pertahanan Sweden, Danielsen.

Berbaki 16 minit, Enrique semakin panik dan membuat pertukaran berganda memasukan 2 penyerang Gerard Moreno dan Mikel Oyarzabal bagi menajamkan barisan serangannya.

Sepanyol terus melancarkan serangan bertalu-talu dan mencipta 2 peluang untuk menjaringkan gol melalui Gerard Moreno namun sekali lagi diselamatkkan Olsen.

Sarabia pula tidak cukup bersedia apabila bola tepat kearahnya untuk melakukan percubaan.

Keputusan seri 0-0 meletakkan Slovakia mendahului kumpulan E selepas menewaskan Poland pada perlawanan sebelumnya.

Sepanyol akan bertemu Slovakia pada perlawanan seterusnya dan Sweden akan menentang Poland.

Pemain terbaik: Robin Olsen (Sweden)