Perlawanan pramusim Tottenham menentang Leicester City di Bangkok telah dibatalkan kerana padang yang bertakung dengan air.
Berikutan hujan lebat di Stadium Nasional Rajamangala menjelang perlawanan pada hari Ahad, maka pegawai perlawanan memutuskan bahawa perlawanan tidak boleh diteruskan kerana faktor keselamatan akibat air yang bertakung.
Pengurus Ange Postecoglou memasuki padang permainan lebih awal sebelum waktu sepak mula yang dijadualkan pada 5 petang untuk melihat permukaan padang untuk perlawanan.
Para pemainnya sudah melakukan warming up dalam keadaan padang yang sangat teruk sekali.
Leicester’s pre-season friendly with Spurs has been cancelled.
Probably the right call.
pic.twitter.com/w2bWeoGz6O— The Second Tier (@secondtierpod) July 23, 2023
Kakitangan penyelenggara padang cuba mengeluarkan air dari padang dan mengecat semula garisan tetapi semuanya sia-sia kerana pegawai perlawanan memutuskan pada pukul 5:40 petang bahawa perlawanan itu tidak boleh diteruskan.
Kenyataan kelab dari Tottenham berbunyi: “Perlawanan persahabatan malam ini menentang Leicester City telah dibatalkan kerana padang berair dan keadaan cuaca buruk. Penganjur acara, berdasarkan cadangan daripada pegawai perlawanan, menganggap padang di Stadium Nasional Rajamangala tidak boleh menjadi tempat perlawanan dan tidak selamat berikutan hujan lebat di Bangkok.”
Peminat Spurs menyindir Daniel Levy sebagai ‘genius sekali’ kerana memilih perlawanan persahabatan di Thailand pada musim monsun.
Perlawanan persahabatan Tottenham seterusnya akan diadakan pada petang Rabu dengan pertembungan menentang Lion City Sailors di Singapura. Spurs memulakan kempen pramusim mereka dengan kekalahan 3-2 di tangan West Ham di Perth.
Di luar padang, Spurs masih berusaha untuk meyakinkan Harry Kane agar terus kekal bersama mereka. Kapten Spurs itu mahu menyertai Bayern Munich.