Aktivis Dihalau Dan Dikasari Kerana Sepanduk ‘Di Mana Peng Shuai’ Di Wimbledon

Seorang penunjuk perasaan mengibarkan poster dengan slogan “Di Mana Peng Shuai?” telah dibuang keluar dari Gelanggang Pusat Wimbledon oleh pihak keselamatan selepas cuba menjerit dan mengangkat sepanduk dari tempat duduk semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki.

Drew Pavlou, 27, cuba memasuki tempat duduk semasa perlawanan antara pemain Australia Nick Kyrgios dan pilihan utama Novak Djokovic.

Kyrgios boleh dilihat berpaling dalam kekeliruan ketika  Pavlou menjerit dari atas di tempat duduk sebelum segera ditahan dan dihalau keluar oleh pasukan keselamatan.

Pavlou, yang berkata dia mempunyai tiket untuk perlawanan akhir, memberitahu agensi berita PA bahawa dia mengangkat sepanduknya dan menjerit: “Di mana Peng Shuai?

Pavlou menegaskan dia kecewa kerana Wimbledon langsung tak bersuara tentang Peng Shuai yang telah dianiayai kerajaan China. Sedangkan jika berlaku di negara lain lebih kecil, pastinya mereka akan sangat lantang mengecam.

Dia menyindir, adakah Wimbledon takut dikenakan tekanan ekonomi oleh China yang merupaka kuasa besar dunia.

“Bintang tenis itu telah dianiaya oleh kerajaan China. Mengapa Wimbledon tidak berkata apa-apa?”

Pavlou berkata seorang pengawal keselamatan kemudian menolaknya sehingga dia merasai kesakitan pada tulangnya.

“Dia menghempas muka saya ke dinding dan memusingkan tangan saya ke belakang, membawa saya menuruni tangga,” tambah Pavlou.

Pavlou, yang mengetuai kempen Where Is Peng Shuai di Terbuka Australia dan terbang ke UK untuk berkongsi mesej di Wimbledon, mendakwa ada seseorang berkata kepadanya: “Anda akan ditangkap sekarang.”

Tetapi apabila dia dikeluarkan dari stadium, kakitangan keselamatan melepaskannya.

Ia berlaku selepas sekumpulan penunjuk perasaan lain, kebanyakannya dari kempen Free Tibet, datang ke Wimbledon minggu ini dengan memakai baju-T yang berbunyi: “Di Mana Peng Shuai?”

Bekas juara beregu Wimbledon itu hilang daripada pandangan umum tahun lalu selepas dia dia mendedahkan bahawa pegawai kanan China melakukan serangan seksual ke atasnya pada November 2021.

Pada hari Jumaat, Pavlou juga bertelagah dengan kakitangan keselamatan di perkarangan SW19 apabila dia mempamerkan sepanduk bertulis: “Di Mana Peng Shuai?”.

Penganjur memberitahunya dia boleh memegang papan tanda itu di sekeliling perkarangan tetapi tidak boleh menaikkannya di atas puncak tempat duduk dalam gelanggang atau di dalam gelanggang kerana polisi penganjuran yang tidak membenarkan sepanduk dan bendera besar dikibarkan.

Pavlou memberitah: “Mereka mengugut akan memanggil polis untuk mengambil tindakan ke atas saya.”

Pavlou berkata pihak keselamatan mengambil isu dengan mesej itu sebagai mesej “politik”, dan mereka memintanya meletakkan papan tanda itu.

Beliau berkata: “Saya tidak fikir ini adalah kenyataan politik. Saya tidak fikir ia adalah kenyataan yang memecahbelahkan manusia. Ia adalah mesej kemanusiaan dan saya hanya mahu lebih ramai orang melihatnya.”

Bercakap mengenai kumpulan petugas keselamatan yang berdiri berhampirannya, dia berkata: “Saya rasa mereka cuba menakutkan saya, mereka cuba menakutkan saya.”

Baca yang lain