Akui Kunyit Di Twitter, Casillas Kecewa Akaun Kena Hack

Iker Casillas telah memohon maaf di atas status kontroversinya yang mengakui dia seorang lelaki meminati lelaki lain.

Laporan sebelum ini:

Legenda Real Madrid dan Sepanyol, Iker Casillas menggemparkan dunia Twitter apabila dia menulis tweet tentang dia adalah kunyit atau tertarik dengan sesama jantina.

Dia meminta peminat untuk menghormatinya. Terdapat juga laporan menyatakan bahawa Casillas hanyalah menganjing kerana media terlalu beriya menjaja kisah peribadinya selepas dia berpisah dengan bekas isterinya, Sara Carbonero pada 2021.

Media turut mengaitkan dia berita bahawa dia sedang berpacaran dengan kekasih baharunya Alejandra Onieva. Akibat bosan dengan kisah seperti itu yang membuatkan dia terus menyatakan dia seorang songsang.

Casillas mahukan privasinya dihormati. Dan dia sudah bosan dengan dikejar paparazi dan media yang berterusan mengorek cerita kehidupan peribadinya.

Lebih menarik apabila Carles Puyol turut menulis dengan nada gurauan: “Masanya telah tiba untuk kita menceritakan kisah kita dulu Iker.”

Ramai peminat tergelak dan berseloroh Puyol dan Casillas selepas ini akan ber-el clasico di atas katil pulak.

Casillas memadamkan tweet itu selepas itu kerana ramai yang tak selesa dengan tindakannya seolah olah mempermain mainkan golongan kunyit sebenar. Mereka juga menuduh Casillas sebagai tidak sensitif dan menjadikan perkara itu gurauan, selepas mereka tahu sebenarnya Casillas masih lagi tertarik dengan jantina bertentangan.

Tetapi, masih ramai yang menghantar mesej sokongan kepadanya kerana ingatkan dia benar benar mengakui dirinya sebagai lelaki songsang.

Tindakan Casillas itu kemudian mendapat kecaman teruk daripada komuniti songsang yang menyatakan legenda itu mempermainkan manusia songsang yang lain.

Akibat menerima terlalu banyak kecaman, Casillas akhirnya menjelaskan bahawa sebenarnya akaun beliau digodam.

Dia meminta maaf kepada semua komuniti songsang di seluruh dunia.

“Akaun kena hack. Nasib baiklah semua kembali terkawal. Minta maaf kepada semua pengikut saya. Dan sudah tentunya, maaf yang lebih lagi dimohon daripada komuniti LG****”