Akui Rimas Kena Troll Kosong Trofi, Kane Nekad Sapu Semua Trofi Bersama Bayern

Harry Kane ternyata mengambil perhatian dan rimas tentang troll ke atasnya di media sosial. Di mana ramai yang kerap mengejeknya dengan ayat zero trophies atau takde trofi atau kosong trofi.

Bukan sekadar troll dari media sosial, pundit dan tokoh bola sepak turut tidak melepaskan peluang menyindir dan mempersendakan pemain itu.

Kini Kane bertekad mahu menyapu semua trofi yang ada bersama dengan Bayern Munich sebagai membalas kritikan ke atasnya.

Sebelum ini Kane sendiri sudah menyatakan kepada ejennya agar memastikan dia ke Bayern kerana dia mahu memenangi trofi.

Kane menyertai Bayern dengan rekod perpindahan kelab itu.

Kane rimas

Selepas sekian lama di Spurs dia terus kecundang tanpa sebarang kejuaraan major. Dia menjadi pemain paling banyak gol yang gagal memenangi sebarang trofi.

Walaupun terlepas peluang menjulang trofi pertamanya ketika aksi Piala Super Jerman pada awal musim ini, Kane masih ada banyak trofi lain untuk dia cuba gapai bersama Bayern Munich.

Kane berkata: “Saya selalu dengar orang cakap kosong trofi, sedangkan itu merupakan matlamat dan sasaran saya bersama di Tottenham tahun demi tahun.”

“Ada beberapa kali kami benar benar hampir memenangi trofi dan menikmati musim musim yang sangat baik.”

“Agak kasihan dengan kami sendiri kerana tidak pernah berjaya di garisan penamat.”

“Dan sekarang ini, bersama Bayern Munich, saya bertekad mahu berjuang untuk memenangi kesemua trofi yang ada.”

“Itu yang mendorong saya terus maju ke hadapan sebagai seorang pemain.”

Seterusnya Kane mengakui dia meminati legenda Bayern, Gerd Muller.

Kane menambah: “Gerd Muller merupakan salah seorang penyerang terhebat dalam sejarah. Saya menyaksikan banyak video dia di YouTube dan saya tahu tentang beberapa rekodnya.”

“Dah tentunya saya akan lebih kenal dengan sejarahnya ketika berada di sini. Saya juga meminati Robert Lewandowski. Dia mengambil haluan yang luar biasa dan menetapkan rekod sangat hebat. Saya mahu menjadi sepertinya atau lebih hebat.”

Adakah Kane akan berjaya meraih kesemua trofi bersama Bayern selepas ini terutama sekali UCL?