Al Ahli Sedia Tendang Firmino Hanya Selepas 6 Bulan Sign Legenda Liverpool Itu

Al Ahli dilaporkan sedia untuk menendang Roberti Firmino dari kelab itu setelah hanya baru enam bulan pemain Brazil itu menyertai mereka.

Firmino dianggap pemain bintang penting Al Ahli ketika diumumkan oleh kelab itu beberapa bulan lalu.

Namun malangnya selepas itu, dia antara pemain yang gagal memikat hati pengurus Matthias Jaissle sejak menyertai mereka.

Jaissle sudah menunjukkan pendiriannya tentang kedudukan Firmino. Dan kini menyerahkan kepada kelab sama ada mereka mahu terus membayar gaji pemain itu yang sangat tinggi, atau menjual pemain itu.

Firmino antara penerima gaji tertinggi dalam kelab tersebut. Sebagai tambahan, Al Ahli merupakan salah satu kelab yang mendapat dana daripada PIF selain daripada 3 kelab lain iaitu Al Nassr, Al Itttihad dan Al Hilal.

Ketika ini sudah ada minta daripada beberapa kelab di Eropah terutama sekali dari Turki.

Mungkin ramai berpendapat bahawa Firmino boleh sahaja memutuskan untuk terus kekal dan makan gaji buta di kelab itu.

Sebenarnya, ada klausa khas melibatkan pemain pemain marquee seperti Firmino ini dalam pasukan Al Ahli.

Ben Jacobs dari CBS menyebut klausa itu sebagai ‘Squad refresh clause’. Di mana jika ada pemain yang tidak mendapat minit permainan yang memuaskan, maka kelab berhak untuk menamatkan kontrak mereka. Firmino juga boleh menggunakan klausa yang sama untuk berpindah ke kelab lain jika dia tak berpuas hati terus diperam di bangku simpanan.

Namun dalam kes sekarang ini, Firmino mungkin tiada masalah untuk terus kekal di Al Ahli selagi lagi kelab tidak menghalaunya.

Firmino meninggalkan Liverpool awal musim ini setelah kontraknya tidak disambung. Dia merupakan pemain legenda di Anfield yang memenangi segalanya bersama Liverpool.

Dia juga menjadi antara pemain penting skuad Brazil pada zaman kemuncaknya. Firmino dikenali dengan gaya permainan lincah dan juga sikapnya sebagai team player yang bagus.

Firmino menjadi nadi penting dalam gandingan dengan Mo Salah dan Sadio Mane di Liverpool satu ketika dahulu. Antara trio serangan paling digeruni di Eropah ketika era kemuncak mereka.