Al Hilal Potong Nama Neymar Untuk Cari Bintang Berkelas Dunia Baharu Pada Januari

Neymar Jr. kini terpaksa berehat panjang kerana masalah kecederaan ACL yang melandanya. Dia perlu berehat sekitar 7 atau 8 bulan.

Oleh kerana Neymar tidak dapat beraksi dalam tempoh yang lama, Al Hilal sedia mencari seorang lagi bintang berkelas dunia untuk dibawa masuk pada Januari akan datang bagi mengisi tempat Neymar.

Ini untuk menguatkan semula pasukan mereka, terutama sekali dalam misi mereka mahu menjadi juara ACL musim ini. Neymar sendiri sedar bahawa dia dibawa masuk ke kelab itu untuk tujuan tersebut.

Putera Al Waleed yang merupakan peminat tegar Al Hilal sempat mengingatkan Neymar bahawa dia bermain untuk kelab terbaik di Asia.

Mana tidaknya, Al Hilal merupakan juara 4 kali Liga Juara Juara Asia, terbanyak dalam sejarah pertandingan.

Dan menjadi kelab paling berjaya di Arab Saudi setakat ini dengan 66 trofi buat masa ini.

Al Hilal sudah membelanjakan wang sangat besar untuk membawa masuk Neymar. Di mana pemain itu menerima gaji sangat tinggi. Nilai perpindahan Neymar saja mencecah €95 juta dibayar kepada PSG. Menjadikan Neymar sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak Asia.

Neymar menerima gaji sangat lumayan serta pakej bonus tidak masuk akal di Arab Saudi. Neymar mendapat €160 juta gaji tetap setahun selepas cukai. Kemudian Neymar akan diberikan rumah kediaman yang mewah dengan 25 bilik tidur.

Turut dilengkapi dengan kolam renang 40 x 10 meter yang turut ada 3 sauna.

Selain itu, Neymar juga dibekalkan dengan 5 orang staf sepenuh masa yang akan menguruskan rumahnya. Mereka ini digelar pengurus kediaman Neymar yang profesional.

Pemain Brazil itu juga dihadiahkan sebuah Bentley Continental GT, sebuah Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan yang dipercayai hadiah daripada manusia terkaya di Arab Saudi iaitu Putera Al-Waleed bin Talal. Di mana beliau merupakan peminat fanatik Al Hilal.

Untuk menjaga keselamatannya, Neymar akan dibekalkan dengan pemandu peribadi selama 24 jam.

Lebih lanjut lagi, kesemua bil restauran, bil hotel dan pelbagai lagi perkhidmatan ketika Neymar sedang bercuti atau sedangn berehat tanpa perlawanan, akan ditanggung kelab.

Neymar hanya perlu menghantar resit untuk klaim balik duit itu daripada kelab.

Jika Neymar mahu pulang ke kampung halamannya ataupun mahu bercuti ke luar dari Arab Saudi, dia akan dibekalkan perkhidmatan jet peribadi yang mewah.