Al Hilal Sahkan Neymar Tak Dapat Debut Dalam Masa Terdekat Kerana Alami Kecederaan

Al Hilal mengesahkan pemain €90 juta kelab itu, Neymar tidak dapat membuat debut pada masa terdekat ini kerana mengalami kecederaan.

Berita itu disampaikan sendiri oleh pengurus kelab, Jorge Jesus.

Neymar menyertai Al Hilal dari PSG selepas pemain itu sudah tawar hati untuk meneruskan karier dengan kelab juara Perancis itu.

Neymar setuju dengan kontra yang membolehkannya mendapat sehingga €160 juta semusim sebagai gaji bersih tanpa cukai selama 2 tahun di kelab Al Hilal.

Dia turuy menerima banyak bonus dan keistimewaan lain diberikan kelab termasuk rumah mewah 25 bilik tidur, perkhidmatan jet peribadi dan banyak lagi.

Neymar sudah diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong mereka. Namun peminat Al Hilal harus sedikit bersabar untuk melihat pemain itu membuat debut.

Neymar hanya mampu melihat aksi pasukannya diikat Al Fahya 1-1 di tempat duduk penyokong.

Neymar dikatakan perlu berehat kira kira 2 minggu lagi.

Jorge Jesus berkata: “Neymar adalah pemain yang kreatif dan inovatif. Dia pasti akan membantu meingkatkan kualiti pasukan kami.”

“Namun pada masa ini dia mengalami sedikit kecederaan. Dan saya sendiri tak pasti bila agaknya dia akan kembali beraksi.”

“Dia mungkin tersedia untuk beraksi pada pertengahan September.”

Pengurus itu juga kehairanan kenapa pasukan kebangsaan Brazil memanggil Neymar untuk mengharungi aksi 2 perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia bulan depan.

Jorge Jesus berkata: “Saya tidak tahu bagaiman pasukan kebangsaan Brazil boleh memanggil Neymar untuk tugasan kebangsaan. Dia tidak bersedia lagi untuk beraksi pada tempoh itu.”

Neymar masih tidak bermain untuk Brazil sejak Piala Dunia 2022. Di mana ketika perlawana pusingan awal Piala Dunia Neymar mengalami kecederaan buku lali.

Brazil akan berdepan Bolivia dan Peru dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain itu memiliki rekod kecederaan yang membimbangkan ketika di PSG. Musim lalu dia juga banyak berada di bilik pemulihan.

Sehingga ada penyokong PSG menuduh dia memalsukan kecederaannya. Ianya selepas Neymar dilihat seringkali berfoya foya dan bermain poker sehingga lewat malam.

Penyokong melakukan protes depan rumah Neymar menuduh pemain itu makan gaji buta. Protes itu dibuat sejurus selepas mereka berarak di hadapan pejabat Nasser Al Khelaifi mendesak Messi dihukum kerana pada masa itu Messi dilaporkan ponteng latihan untuk ke Arab Saudi bercuti.

Ternyata selepas itu PSG sendiri mengesahkan bahawa berlaku perubahan jadual pada sesi latihan. Messi sudah 2 kali menangguhkan percutiannya demi kelab itu.

Namun kali itu dia sudah berada dalam penerbangan ketika dimaklumkan bahawa ada latihan pada hari tersebut.

Pengurus PSG masa itu, Christophe Galtier membidas tindakan penyokong PSG dan menyatakan bahawa kecederaan Neymar itu disahkan sendiri pakar perubatan kelab.

Dan dia cedera ketika beraksi untuk PSG. Messi meredakan keadaan dengan membuat permohonan maaf menjelaskan bahawa dia tidak dimaklumkan awal tentang perubahan jadual latihan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.