Al Ittihad Tawarkan Salah Gaji Lebih RM2.83 Juta Sehari, Harap Dia Desak Perpindahan Keluar Dari Liverpool

Mohamed Salah kini ditawarkan gaji luar biasa untuk meninggalkan Liverpool.

Al Ittihad sedia menjadikan Mo Salah sebagai penerima gaji tertinggi di Liga Pro Saudi mengatasi Cristiano Ronaldo selepas tambah bonus dan hak imej.

Difahamkan Mo Salah ditawarkan kontrak dengan gaji £1.25 juta seminggu gaji tetap tanpa cukai.

Ronaldo secara purata menerima £3.4 juta seminggu di Al Nassr selepas gajinya ditambah bonus dan pendapatan lain.

Secara purata, Ronaldo menerima £484 ribu [sekiar RM2.83 juta] dalam masa sehari di Al Nassr.

Jika Mo Salah menerima tawaran Al Ittihad dia boleh menerima gaji lebih besar daripada itu dalam masa seminggu.

Beberapa faktor diambil kira termasuk faktor Mo Salah berbangsa Arab dan juga beragama Islam. Dia boleh menjadi ikon sejati untuk kelab itu dan juga Liga Pro Saudi.

Laporan media Arab Saudi menyatakan bahawa Mo Salah sedia menerima syarat itu jika Liverpool mahu menjualnya.

Namun Fabrizio Romano menyatakan bahawa, mustahil untuk Liverpool menerima sebarang tawaran untuk Mo Salah kerana pemain itu dalam kategori ‘kebal’ di Anfield.

Dia baru melanjutkan kontraknya musim lalu di Liverpool dengan gaji £350k [RM2.05 j] seminggu di Anfield.

Liverpool ketika ini tidak berminat untuk berunding dengan mana mana kelab yang mahukan Mo Salah. Pemain itu bukan untuk dijual.

Namun Al Ittihad berharap Mo Salah akan menghantar transfer request kepada Liverpool untuk datang memeriahkan Liga Pro Saudi.

Dan memberitahu pemain itu bahawa tawaran mereka masih lagi sah selagi lagi jendela perpindahan dibuka. Salah boleh memberitahu mereka pada bila bila masa jika dia sudah mendesak perpindahan tersebut.

Hanya itu cara terbaik pada masa ini untuk kelab itu melihat Mo Salah berseragam Al Ittihad.

Al Ittihad antara kelab yang mendapat dana daripada PIF selain Al Nassr, Al Ahli dan Al Hilal.

Kelab itu sebelum ini sudah mendapatkan Karim Benzema, N’golo Kante, Jota dan Fabinho. Mo Salah dianggap pemain yang boleh menjadikan pasukan itu sebagai pasukan terbaik di Arab Saudi pada masa ini.

Baca yang lain