Al Nassr Mahu Bawa Masuk Eden Hazard, Busquets Ramos Untuk Bergandingan Dengan Ronaldo

Al Nassr nampaknya terus memburu bintang ternama dari Eropah untuk menyertai mereka.

Seorang lagi nama yang menjadi sasaran kelab berpangkalan di Arab Saudi itu ialah Eden Hazard.

Masa depan Hazard di Real Madrid memang boleh dikatakan tidak lama. Real Madrid sudah tentunya tidak akan melanjutkan kontrak Hazard bersama mereka.

Sejak menyertai kelab itu, Hazard hanyalah pemain terpinggir di Real Madrid.

Masalah berat badan, masalah kecederaan dan krisis prestasi kesemuanya menghantui bekas pemain Chelsea itu.

Beberapa tahun lalu, Hazard dibandingkan dengan nama nama seperti Neymar, Messi malah CR7. Namun selepas itu dia hanyalah menjadi liabiliti untuk Real Madrid.

Hazard dibayar gaji sangat tinggi namun tidak memberikan banyak sumbangan kepada kelab itu.

Sejak menyertai Real Madrid, Hazard sempat merasa menjulang La Liga dan UCL. Namun dia tidak menyumbang banyak dalam dua trofi tersebut.

Ancelotti sudah memberitahu Hazard bahawa pemain itu dibenarkan bercakap dengan kelab lain untuk berpindah.

Hubungan Hazard dengan pengurus Al Nassr mungkin akan membantu menarik minat pemain itu menyertai mereka selain daripada peluang bergandingan dengan Cristiano Ronaldo.

Rudi Garcia – pengurus semasa Al Nassr – adalah pengurus yang membangunkan bakat Hazard ketika di Lille sehingga dia menjadi pemain elit yang dikehendaki kelab kelab besar lain.

Hazard kemudian memilih menyertai Chelsea. Di mana dia menikmati karier terbaiknya di sana. Sama ada di peringkat kelab atau peringkat negara.

Selain Hazard, Al Nassr juga mahukan Sergio Busquets dan turut mengintai khidmat Sergio Ramos.

Al Nassr sudah lama berminat dengan Busquets. Malah sudah mengemukakan tawaran mereka pada Disember tahun lalu kepada pemain itu.

Seterusnya, nama Sergio Ramos juga dikaitkan dengan Al Nassr. PSG kelihatan masih dalam proses menilai sama ada mereka mahu melanjutkan kontrak veteran Sepanyol itu atau tidak.

Sergio Ramos mungkin berminat untuk menamatkan kariernya bersama sama dengan Ronaldo di Al Nassr. Kedua dua mereka pernah membentu gandingan era emas pasukan Real Madrid bersama sama.

 

 

Baca yang lain