Al Nassr meneruskan pemburuan bintang yang bukan bintang penghujung karier.
Kali ini mereka mahu membeli bintang AC Milan, Rafael Leao.
Al Nassr sedia membayar sehingga EUR100 jura juta untuk pemain tersebut. Dengan pecahan EU85 juta sebagai bayaran tetap dan EUR15 juta lagi bayaran tambahan atau bonus.
Stefano Pioli yang sebelum ini pernah menjadi pengurus Milan dan bekerjasama dengan Leao menjadi individu penting yang mahukan pemain itu datang ke Liga Pro Saudi.
Pioli dilantik pada Disember lalu memggantikan Luis Castro yang dipecat.
Namun laporan daripada Gazetta Dello Sports menyatakan bahawa, CEO AC Milan, Giorgio Furlani tidak mahu menjual pemain itu.
Kecuali Al Nassr dan Leao setuju untuk mengaktifkan klausa pelepasan EUR175 juta yang terkandung pada kontrak pemain itu.
🚨 The Saudi Public Investment Fund (PIF) had directly contacted the Milan management to understand the feasibility of the possible transfer of Leao to Al Nassr for around €100M.
Milan, who had no intention to sell Leao, referred to his €175M release clause, deemed too high by… pic.twitter.com/wK3sPLDivZ
— Milan Eye (@MilanEye) January 31, 2025
Al Nassr yang sudah mendapatkan Jhon Duran dari Aston Villa mahukan Leao menjadi pemain sayap utama kelab itu.
Kelab Al Nassr masih bergelut untuk memenangi trofi pada pemilikan PIF di 4 kelab besar Liga Saudi.
Sedangkan mereka memiliki bintang utama di liga tersebut iaitu Cristiano Ronaldo.
Rafael Leao merupakan rakan sepasukan CR7 di dalam skuad kebangsaan Portugal.
Dia merupakan antara penyerang sayap terbaik di Eropah pada ketika ini. Memiliki gaya permainan yang laju dan lincah.
Leao menjadi bintang utama kesayangan peminat AC Milan di San Siro.
Rafael Leao baru berusia 25 tahun. Dan kariernya masih jauh lagi untuk berkembang dan meningkat naik.
Walaupun Milan ketika ini tidak berminat menjual pemain itu, namun pasukan itu mungkin akan berubah hati jika tawaran tersebut dinaikkan lagi.
Hal ini kerana Milan pasti akan mempertimbangkan tentang manfaat penjualan pemain ini dari segi ekonomi kelab.