Al Nassr Nafi Paksa Pemain Ini Serahkan Jersi No.7: “Kami Cuma Minta Dia Terima Dengan Ikhlas Sahaja”

Semalam tular cerita tentang Al Nassr yang dikatakan telah menamatkan kontrak pemain bermaian Jaloliddin Masharipov kerana pemain itu enggan menyerahkan jersi no.7 untuk digunakan Cristiano Ronaldo.

Nama Jalalaodin dilaporkan tiada dalam daftar pasukan Al Nassr yang membawa kepada spekulasi bahawa pemain itu sudah ditamatkan kontrak.

Jaloliddin Masharipov, pemain sayap Al Nassr yang merupakan pemaia jersi nombor 7 di kelab itu.

Beberapa laporan menyebut bahawa, salah satu syarat yang dipersetujui antara Ronaldo dan Al Nassr adalah, kelab akan memberikan jersi no.7 kepada Ronaldo. Dan ramai mengaitkannya sebagai sebab kepada Al Nassr merampas jersi no.7 daripada Jaloliddin.

Namun berita itu jelas tidak menggembirakan pengurusan Al Nassr. Mereka malah menafikan telah memaksa pemain itu untuk mengosongkan jersi no.7 atau mengancam untuk menamatkan kontraknya.

Sebaliknya kelab sudah memaklumkan kepada Jaloliddin Masharipov untuk rela hati dan ikhlas menyerahkan jersi no.7 dan memakai jersi baharu no.77. Tetapi ianya tiada kaitan dengan isu perjanjian berkaitan tanda dagang no.7 dengan Ronaldo.

Seterusnya, ada perkara lain yang membuatkan Jaloliddin sebenarnya sudah tidak ada hak ke atas jersi no.7.

Hal ini kerana menurut Al Nassr, mereka sudah merancang untuk menjual Jaloliddin lebih awal pada musim panas lalu. Malangnya perpindahan itu gagal dimeterai. Dan pemain itu terus kekal di dalam kelab.

Ketika itu, kelab sudah menganggap no.7 sebenarnya tiada pemakai. Dan Jaloliddin harus menerima bahawa dia tidak boleh menuntut jersi no.7 tetapi memakai jersi no.77.

Presiden Al Nassr, Musalli Al Muammar menjelaskan: “Orang ramai sentiasa suka bercakap tentang segala-galanya.”

“Malah, mereka membincangkan jumlah pemain di tempat latihan.”

“Saya dah tanya dengan pengurusan kelab, dan mereka menyatakan Masharipov sedang dalam proses untuk menyertai kelab Afrika Al Ahly pada jendela perpindahan musim panas. Justeru, jersi nombor 7 beliau telah dikhaskan untuk pemain lain yang baru masuk.”

“Bagaimanapun, perjanjian itu tidak berlaku akhirnya. Jadi, Masharipov sebaliknya menggunakan nombor baharu,” katanya kepada media.

Masharipov hampir menyertai juara Afrika 10 kali Al Ahly pada musim panas lalu.

Bagaimanapun, perjanjian perpindahan tidak pernah menjadi kenyataan untuk pemain sayap Uzbekistan itu.

Kini no.7 sah menjadi milik Ronaldo.

Ronaldo memang pemain yang signifikan dengan no.7. Ketika dia menyertai semula Man United, Edinson Cavani diminta untuk menyerahkan no.7 – yang pada masa itu baru diumumkan milik Cavani – agar diserahkan kepada Ronaldo.

Premier League pada masa itu malah memberikan kelonggaran khas kepada Man United untuk menukar no jersi pemain yang mereka sudah daftarkan. Ini kerana Ronaldo adalah pemain yang memiliki pengaruh luar biasa.