Al Nassr Nafikan Jhon Duran Tinggal Di Bahrain Sebab Undang Udang Arab Saudi

Al Nassr menafikan laporan The Sun yang menyatakan bahawa Jhon Duran tinggal di Bahrain dengan teman wanitanya, Angela Capella.

Laporan tersebut menyebut bahawa, Duran tidak mahu tinggal di Saudi kerana peraturan ketat negara tersebut melarang pasangan yang tidak berkahwin duduk sebumbung.

Bahrain pula negara yang lebih liberal. Di mana ramai pemain dari Eropah dan Latin yang bermain di Saudi memilih tinggal di Bahrain kerana ada kelab malam, boleh mendapatkan makanan tidak halal serta alkohol yang dijual di temnpat khas.

Sebaliknya di Saudi semua itu tidak ada. Walaupun Saudi sudah melonggarkan peraturan agar wanita boleh keluar di tempat awam tanpa perlu ada ibu bapa atau keluarga bersama mereka.

Duran dikatakan sanggup berulang alik 500km menaiki pesawat dengan masa perjalanan sejam 20 minit ke Riyadh untuk tinggal di Bahrain.

Laporan itu ditepis oleh media rasmi X Al Nassr tersebut. Di mana sumber itu menyatakan bahawa pemain itu gembira tinggal di Riyadh bersama keluarganya.

Al Nassr menulis: “Kami mendengar berita palsu ini. Ianya jelas sekali berita palsu yang kelakar. Kami gembira kelab kami menjadi perhatian sampai tahap ini.

“Jhon sukakan Riyadh dan rumahnya berdekatan dengan kelab dan stadium. Dia ahli keluarga baharu kami.”

Dia tinggal di kawasan mewah berdekatan dengan pusat sukan kelab itu. Dan komited untuk datang awal ke pusat latihan berbanding terbang beratus kilometer, dalam perjalanan yang memenatkan.

Jadi bagaimana Jhon Duran boleh tinggal di Saudi dengan kekasihnya?

Sebenarnya ada satu peraturan khas dibuat oleh kerajaan Saudi untuk Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Duran mengguna pakai peraturan ini.

Teman wanita Ronaldo, Georgina Rodriguez sudah diberitahu bahawa dia boleh tinggal dengan Ronaldo. Namun ada beberapa garis panduan dia kena ikut.

Pertamanya dia dilarang memakai pakaian mencolok mata termasuk baju tansparen dan jenis nekcline. Dia juga dilarang untuk merokok di tempat awam.

Selain itu, Georgina dan Ronaldo dilarang sama sekali mengimport makanan tidak halal dari luar negara untuk dibawa masuk ke rumah terutama sekali daging babi dan alkohol.

Seterusnya, Georgina tidak boleh melawat beberapa tempat suci termasuk rumah ibadat dan kota Mekah dan Madinah dengan berpakaian tidak menutup aurat.

Itu antara syarat yang dikenakan kerajaan Saudi kepada mereka. Ianya dianggap pengecualian khas.

Sebab itu Georgina kerap terbang ke eropah jika dia mahu bersosial atau berparti dengan kawan dan keluarganya. Kerana di Saudi tiada kelab malam.

Al Nassr juga telah meminta pengecualian yang sama untuk Jhon Duran dan teman wanitanya.

Sebagai tambahan, Angela Capella merupakan seorang doktor epidimiologi. Dia juga bekas ratu cantik dan seorang super model.