Minggu lalu ESPN melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo dan pengurus Al Nassr, Rudi Garcia tidak sehaluan.
Sebelum ketibaan Ronaldo lagi, Rudi Garcia membuatkan peminat Al Nassr kurang senang ketika dia memberikan komen bahawa dia meminta kelab mendapatkan Messi terus dari Doha untuknya berbanding Ronaldo.
Pengurus tersebut berada dalam tekanan yang kuat. Ini selepas Al Nassr melepaskan kedudukan teratas liga kepada Al Ittihad.
Ketika itu Messi masih beraksi di Piala Dunia 2022 bersama Argentina.
Rudi Garcia officially sacked as head coach of Al Nassr. I say good riddance! This was him saying “I wanted to bring Messi from Doha” just before Ronaldo’s signing. It was never going to work out well 🙅♂️ pic.twitter.com/ZJBXHzdXUY
— LLF (@laligafrauds) April 13, 2023
Berlaku keadaan huru hara selepas tamat perlawanan antara Al Nassr dan Al Feiha yang berakhir seri tanpa jaringan.
Ronaldo dilihat memperlekehkan jurulatih Al Feiha secara bersemuka selepas perlawanan dengan berkata: “Kamu tak mahu bermain bola! Tak ada.”
Ronaldo tak puas hati Al Feiha dilihat bermain dengan berkampung di kawasan pertahanan dan melengah lengahkan perlawanan.
Laporan oleh Marca menyebut, di bilik persalinan berlaku pertengkaran antara jurulatih dan pemain.
Sidang media selepas perlawanan juga dibatalkan atas sebab sebab yang tidak dinyatakan secara rasmi oleh kelab.
Kemudian laporan dari Arab Saudi pula menyebut, Ronaldo mahukan Garcia dipecat dan kelab harus melantik pengurus lebih baik jika mahu menjadi kuasa bola sepak Asia.
Malah CBS Sports melaporkan bahawa kelab turut mengadakan perbincangan dengan Ronaldo berkaitan projek sukan mereka.
Kelab meminta pandangan Ronaldo, yang kemudian mencadangkan beberapa nama jurulatih berkelas dunia kepada kelab itu.
Dan dua nama itu ialah Zinedine Zidane dan juga Jose Mourinho. Ketika itu kelab dilaporkan sudah memberikan amaran kepada Garcia, jika dia kalah lagi dia akan dipecat.
Cristiano Ronaldo is collaborating with Al-Nassr to identify Rudi Garcia's replacement. Among them, Zinedine Zidane and José Mourinho are studied. A verbal offer has already been made to Zidane. [@CBSSports] pic.twitter.com/0L5jjbipk0
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 13, 2023
Hari ini Al Nassr mengumumkan bahawa Rudi Garcia tidak lagi menjadi pengurus mereka.
Alasan utama kelab adalah, pengurus itu sudah tidak sehaluan dengan pemain pemain di Al Nassr yang menyukarkan komunikasi.
Bagi Ronaldo, Rudi Garcia adalah pengurus kesembilan yang dipecat pada eranya sebagai pemain di peringkat kelab.
Rudi Garcia has left Al Nassr due to his bad relationship with the squad ❌🇸🇦
This means Cristiano Ronaldo has now seen seven managerial exits since 2019 🤯 pic.twitter.com/XGv3pOWFdj
— SPORTbible (@sportbible) April 13, 2023
Dan Al Nassr segera mencari pengganti baharu.
Mereka berharap akan dapat membawa masuk Zinedine Zidane, ataupun Jose Mourinho. Buat masa ini, Al Nassr akan dikendalikan pengurus B-19, Dinko Jelicic yang bertugas secara interim.
Walaupun laporan Marca menyebut konflik antara Ronaldo dengan Garcia sebelum ini, namun pemain itu pantas memberikan ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada Garcia.
Ronaldo berkata: “Berbesar hati dapat bekerjasama dengan kamu. Mendoakan yang terbaik buat kamu di masa mendatang.”