Al Nassr Tamatkan Kontrak Aboubakar Secara Mengejut Demi Ronaldo

Al-Nassr membuat kejutan apabila secara tiba tiba menamatkan kontrak pemain utamanya, Vincent Aboubakar.

Penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar sebelum ini menjadi bintang utama kelab itu. Kehadiran Ronaldo membuatkan Aboubakar terpaksa akur bahawa dia harus angkat kaki.

Hasrat peminat, terutama sekali dari Cameroon, yang mahu menyaksikan Aboubakar bergandingan dengan pemenang 5 Ballon d’Or, tidak kesampaian.

Ronaldo dan Aboubakar sempat beramah mesra dan menjalani sesi latihan bersama selepas CR7 diumumkan sebagai pemain baharu Al-Nassr.

Ronaldo tidak dapat membuat debut segera, kerana dia perlu menjalani penggantungan 2 perlawanan yang dia bawa dari England.

Berbalik kepada impian peminat yang mahu melihat gandingan Aboubakar dan Ronaldo berseragam kuning Al Nassr yang tidak kesampaian.

Ianya berlakum kerana kini pemain antarabangsa Cameroon itu perlu mencari kelab baharu.

RMC melaporkan bahawa, Al-Nassr memutuskan untuk menamatkan kontrak Aboubakar demi untuk mendaftarkan Cristiano Ronaldo.

Peraturan Liga Arab Saudi menetapkan bahawa, hanya ada 8 import sahaja dibenarkan. Dan kelab itu sudah melepasi kuota itu jika mereka mahu mendaftarkan Ronaldo tanpa menyingkirkan mana mana pemain asing mereka.

Al-Nassr dan Aboubakar mencapai kesepakatan bersama dalam penamatan kontrak itu.

Dengan kelab setuju membayar pampasan baki kontrak yang ada pada pemain itu.

Aboubakar kini bergelar pemain ejen bebas. Dengan beberapa kelab di Eropah sudah dikaitkan dengannya.

Aboubakar cemerlang dalam kempen Piala Dunia 2022 yang lalu. Dia dikaitkan dengan beberapa kelab EPL termasuk Manchester United dan Everton. Selain itu kelab Turki, Fenerbahce juga sudah lama dikaitkan dengan pemain tersebut.

Mendaftarkan Ronaldo sudah pastinya menjadi keutamaan untuk Al-Nassr. Ini kerana status Ronaldo itu terlalu gah. Dia juga pemain yang dibayar dengan kontrak keseluruhan sekitar €200 juta setahun.

Kontrak terbesar diterima oleh atlet dalam sejarah setakat ini.

Selain daripada membantu Al-Nassr, Ronaldo juga dibawa masuk untuk membantu Arab Saudi meningkatkan pengaruhnya dalam usaha membida hak penganjuran Piala Dunia 2030 – bersama dengan Mesir dan Greece.

Kejayaan negara jiran mereka, Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 baru baru ini pastinya menyemarakkan lagi semangat Arab Saudi. Sebelum ini mereka sudah melantik Lionel Messi sebagai duta pelancongan Arab Saudi.

Salah satu daripada tujuannya adalah kerana keinginan mereka menjadi penganjur Piala Dunia 2030.

Baca yang lain