Al Nassr Telan Kekalahan Kedua Daripada 2 Perlawanan, Mane Catat Statistik Ngeri

Al-Nassr mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam liga apabila pasukan yang turut diwakili Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane gagal memberi impak menentang Al-Taawoun.

Al Taawoun bukan pasukan big 4 dalam Liga Pro Saudi. Big 4 merujuk kepada 4 pasukan yang popular di Arab Saudi yang kini dibiayai oleh PIF dengan dana luar biasa. Kelab itu adalah Al Nassr, Al Ittihad, Al Ahli dan Al Hilal.

Kedua-dua bintang itu tidak dapat membantu pasukan baharu mereka Al-Nassr mengatasi Al-Taawoun, sebuah pasukan dengan hanya tujuh pemain bernilai lebih £1 juta dalam skuad mereka.

Al Nassr, yang pernah menjadi antara kelab Liga Pro Saudi yang membelanjakan jumlah yang sangat banyak untuk pemain tahun ini, menghadapi kesukaran pada awal musim Liga Pro Saudi.

Mereka dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di tempat sendiri kepada Al Taawoun pada hari Jumaat. Walaupun dengan pemain bintang Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Anderson Talisca, dan Marcelo Brozovic, mereka bergelut untuk kelihatan mengancam lawan mereka.

Pertahanan mantap Al Taawoun dengan sistem back 5, dan penjaga gol yang tangkas mengecewakan serangan yang diketuai Ronaldo sepanjang perlawanan.

Memulakan musim dengan kekalahan kepada pasukan Gerrard pada masa itu mungkin boleh diterima peminat. Selepas ramai pemain terbaik mereka direhatkan selepas memenangi Piala Juara Kelab Arab hanya 48 jam sebelum itu.

Walaubagaimanapun, walaupun dengan semua pemain bintang itu kembali ke padang, termasuk Ronaldo yang dibayar gaji €200 juta setahun, mereka masih gagal menewaskan Al Taawoun.

Pasukan lawan mempunyai strategi yang sempurna – pertahanan yang mantap dan serangan balas pantas menerusi pemain sayap Brazil yang pantas, Mateus.

Ronaldo kemudian memaki hamun pengadil yang tidak memberikan penalti kepada Al Nassr dalam insiden lewat perlawanan. Dia mendesak pengadil menggunakan VAR namun tidak diendahkan.

Pengadil pula tidak melayangkan kad kuning ke atas Ronaldo yang melakukan protes melampau.

Sebelum itu Ronaldo telah mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi situasi 1 lawan 1 selepas menerima hantaran Sadio Mane.

Namun gagal disudahkannya yang memutuskan untuk cuba menggelecek penjaga gol dan beberapa pemain lain.

Gol lewat daripada pemain gantian, Ahmed Bahusayn memastikan kemenangan 2-0 untuk Al Taawoun pada masa kecederaan.

Ini adalah kekalahan kedua berturut turut Al-Nassr selepas kekalahan 2-1 kepada pasukan bimbingan Steven Gerrard Al-Ettifaq pada hari pembukaan musim ini.

Lebih mendukacitakan, Sadio Mane kehilangan bola sebanyak 35 kali dalam perlawana  ini. Paling banyak dicatatkan oleh pemain dalam perlawanan ini.

Aksi seterusnya, Al Nassr akan berdepan Shabab Al Ahli dari UAE, dalam kelayakan Liga Juara Juara Asia. Kemudian kembali semula dalam aksi domestik menentang Al Fateh.