Alamak! Dah Jadi Kes Jenayah Pula Dah, Kenapa Jadi Begitu?

Polis Jerman kini menyiasat Jude Bellingham atas tuduhan jenayah. Ianya gara gara komen pemain itu tentang pengadil selepas tamat aksi Der Klassiker antara Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Jude Bellingham tidak mengutuk Bundesliga yang mengarahkan pengadil kontroversi, Felix Zwayer bertugas dalam aksi der Klassiker.

Der Klassiker merupakan perlawanan terbesar dalam kalendar bola sepak Jerman. Ianya ibarat el clasico di Sepanyol dan Derbi Barat Laut di England.

Perlawanan ini sememangnya tak pernah lekang daripada kontroversi. Dan kali ini melibatkan mutu pengadilan yang dianggap teruk. Pemain pemain Dortmund sangat kecewa dengan mutu pengadilan pada kali ini.

Paling pedih apabila Robert Lewandowski menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti kontroversi pada minit ke-77. Di mana Jude Bellingham dan juga pemain pemain Borussia Dortmund yang lain, membantah penalti tersebut.

Bekas pemain Bayern, Mats Humels dikatakan handball. Di mana tak seorang pun pemain Bayern yang meminta penalti ketika itu. Sebaliknya Felix Zwayer merujuk kepada VAR untuk meninjau insiden itu dan merasakan bahawa ianya berhak diberikan penalti.

Ulang tayang turut menunjukkan bahawa, keputusan Zwayer agak keterlaluan memberikan penalti tersebut.

Pemain muda sensasi, Jude Bellingham kemudian mengeluarkan kenyataan yang agak panas selepas perlawanan.

Di mana, pemain itu dengan selamba mengingatkan Bundesliga bahawa, mereka baru sahaja meletakkan pengadil yang pernah terpalik skandal mengatur perlawanan untuk menjadi pengadil perlawanan der Klassiker antara Bayern dan BvB.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Jude Belligham berkata: “Pada pandangan saya itu bukan penalti. Kamu tahu kan. Hummels malah tidak melihat ke arah bola sekali pun, dia bergelut untuk memenangi bola dan bola itu terkena padanya.”

“Saya tak rasa dia [Hummels] tahu di mana bola sekalipun pada masa itu.”

“Kamu boleh nilai sendiri banyak keputusan pengadil dalam perlawanan ini [yang meragukan].”

“Kamu berikan [kami] pengadil, kamu tahu kan, dia pernah mengatur perlawanan sebelum ini – untuk mengadili perlawanan terbesar di Jerman.”

“Apa yang kamu boleh harapkan daripadanya?”

Kenyataan berani membuatkan pemain muda England itu berdepan dengan tuduhan jenayah. Polis sudah memfailkan kes tersebut untuk dinilai oleh pendakwaraya, yang akan menentukan sama ada pemain itu akan dikenakan pertuduhan di mahkamah atau tidak.

Ramai peminat yang tak pasti bagaimana kenyataan Bellingham itu boleh dikira satu jenayah? Ada juga yang menyindir bahawa di Jerman, apabila bercakap benar dianggap satu jenayah.

Ini kerana faktanya memang Bundesliga melantik pengadil dengan rekod pernah ambil rasuah untuk bertugas.

Walaupun pada satu perspektif lagi memang ramai tahu tindakan Bellingham itu akan mengundang risiko dia akan dikenakan tindakan oleh Bundesliga kerana mengkritik pengadil. Ianya tindakan yang memang mengundang padah.

Tetapi tak sangka sampai jadi kes jenayah.

Baca yang lain