Alamak! La Liga Pula Larang Aubameyang Kembali Ke Barcelona

Cakap cakap tentang potensi kepualangan semula Pierre-Emerick Aubameyang ke Barcelona nampaknya tidak akan menjadi kenyataan kecuali Barcelona mendapatkan kebenaran khas.

Selepas Chelsea mendapatkan Joao Felix secara pinjaman, pemain asal Gabon, Aubameyang dilaporkan mahu angkat kaki. Dan dia berminat dengan idea untuk kembali semula ke Barcelona.

Peraturan FIFA benarkan Auba ke Barca sahaja

Menurut laporan sebelum ini hanya Barcelona sahaja destinasi yang Aubameyang boleh pergi jika dia meninggalkan Chelsea pada Januari ini.

Hal ini kerana peraturan FIFA melarang mana mana pemain menyertai 3 kelab dalam satu musim yang sama.

Aubameyang dilaporkan ada bercakap dengan Xavi dan menyatakan dia tertarik untuk kembali semula ke Barca setelah mengalami kesukaran di Chelsea.

Xavi dan Barca turut berminat dengan idea untuk membawa pulang Aubameyang ke kelab itu, dengan syarat, ianya perpindahan secara percuma, dan Memphis Depay pergi ke kelab lain.

Seterusnya, Barcelona mahu merombak semula struktur gaji Aubameyang jika pemain itu menyertai mereka sekali lagi.

Barca yang sebelum ini dilarang mendaftarkan pemain baharu pada Januari kerana akaun FFP mereka yang tidak begitu bagus sedia berbincang dengan La Liga tentang pendaftaran Aubameyang, ini termasuk isu melibatkan gaji asas dan bonus pemain itu.

Jadi, Auba perlu meminta penamatan kontrak atas persetujuan bersama dengan Chelsea untuk menjadi ejen bebas. Perkara yang dia pernah lakukan ketika di Arsenal dahulu, demi untuk menyertai Barcelona.

Chelsea sebelum ini terbuka mendengar tawaran untuk Aubameyang. Dan meminta sekurang kurangnya €12 juta untuk pemain itu. Harga yang mereka bayar kepada Barcelona sebelum ini.

Penyerang berusia 33 tahun itu sebenarnya baru berpindah ke Chelsea pada awal musim 2022/2023.

Namun separuh pertama musim di Chelsea, Aubameyang ternyata di luar jangkaan. Dalam 15 penampilan, dia hanya menjaringkan tiga gol dan satu assist.

Atletico berminat untuk mendapatkan Aubameyang, namun ianya dianggap tidak boleh berlaku, kerana menurut peraturan FIFA Aubameyang hanya boleh bermain untuk Chelsea atau Barcelona sahaja.

Itu peraturan FIFA…..

Peraturan La Liga tak benarkan Auba ke Barca

Kini situasinya lebih rumit kerana peraturan La Liga itu lebih ketat daripada FIFA.

Di mana La Liga melarang pendaftaran pemain sebanyak 2 kali melibatkan satu kelab yang sama di Sepanyol.

Jadi, berdasarkan peraturan ini, adalah tidak mungkin Aubameyang untuk kembali ke Barcelona walaupun dia dilepaskan Chelsea tanpa kontrak sekalipun.

Hal ini kerana La Liga tidak membenarkan pemain yang sama didaftarkan 2 kali dalam kelab yang sama.

Aubameyang berpindah ke Chelsea pada hari-hari terakhir pasaran perpindahan musim panas 2022. Sebelum berpindah, pemain itu telah didaftarkan oleh Barcelona untuk musim 2022/2023.

Pemain pasukan kebangsaan Gabon itu bermain sebagai pemain gantian pada Minggu 1 menentang Rayo Vallecano. Aubameyang bermain selama lapan minit.

Lainlah kalau Aubameyang hanya berstatus pinjaman ke Chelsea, barulah dia masih boleh kembali ke Barcelona musim ini.

Inilah sebabnya banyak kelab Sepanyol lebih suka dengan perjanjian pinjaman terlebih dahulu dengan obligasi pembelian tetap.

Mengambil contoh, kes berlaku pada musim 2017/2018. Pada permulaan musim, Dani Ceballos didaftarkan dahulu oleh Real Betis, tetapi kemudian dijual kepada Real Madrid.

Betis kemudiannya mahu meminjam pemain itu sekali lagi pada pertengahan musim. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh dilakukan. Kerana hanya 1 pendaftaran untuk seorang pemain dalam satu kelab sahaja dibenarkan menurut Mundo Deportivo

Berdasarkan situasi Aubameyang ini, nampaknya pemain itu harus menumpukan sahaja perhatiannya untuk kekal di Chelsea dan kembali bangkit dengan merobek gol lawan.

Namun mana tahu, Auba mahu mencabar La Liga dengan peraturan FIFA pulak kan?

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai