Alamak! Pogba Cedera Lutut Pula

Gergasi Liga Itali (Serie A), Juventus, baru sahaja mendapatkan Paul Pogba secara percuma selepas pemain itu tidak melanjutkan kontrak dengan Manchester United. Namun, malangnya pemain itu cedera.

Pogba yang sebelum ini menyatakan dia sudah tak sabar untuk beraksi dengan Juventus sekali lagi. Kelab yang dia sertai 10 tahun lalu ketika masih remaja. Dia kemudian berkembang menjadi bakat elit dalam bola sepak.

Ibarat dejavu, Pogba kembali ke Juventus secara percuma sekali lagi, dari Manchester United. United sebelum itu membeli balik Pogba dengan nilai EUR100 juta pada 2016. Rekod perpindahan dunia pada masa itu.

Ketika di Manchester United, peminat seringkali percaya Pogba tidak berada pada tahap terbaiknya. Secara statistik, Pogba  menjaringkan 39 gol dan 51 bantuan gol dalam 232 perlawanan semasa mewakili Manchester United.

Selepas konflik dalam rundingan kontrak, Pogba memutuskan untuk kembali semula ke Juventus. Namun malangnya, Paul Pogba terpaksa menerima realiti pahit bahawa dia terpaksa diketepikan buat sementara waktu akibat kecederaan.

Pogba memang memiliki rekod kecederaan yang agak merisaukan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dia seringkali bergelut dengan masalah kecergasan ketika di Manchester United.

Menurut La Gazzetta dello Sport, Paul Pogba terpaksa menarik diri daripada sesi latihan terakhir Juventus kerana kecederaan ringan pada lutut kanannya. Laporan itu mengesahkan bahawa Paul Pogba terpaksa keluar lebih awal sebelum tamat sesi latihan. Selepas melakukan latihan teknikal, dia terpaksa menghabiskan latihan larian pada sesi latihan petang yang ringan.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu tidak dapat menghabiskan latihan itu dan segera meminta untuk berjumpa doktor kelab. Pogba kembali ke bilik persalinan dengan kelihatan kesakitan di lutut kanannya. Dia menyatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan latihan ringan tersebut kerana terlalu sakit.

Namun Pogba sempat memberitahu beberapa rakannya bahawa dia baik baik sahaja. Merujuk kepada kecederaan itu cuma kecederaan ringa.  Menurut laporan, Pogba tidak perlu melakukan analisis kecederaan lebih menyeluruh kerana itu cuma cedera ringan.

Apa yang pasti Pogba dijangka akan terlepas aksi persahabatan pramusim menentang Barcelona, ​​​​yang akan berlangsung pada 27 Julai.

Sebaliknya, Barcelona berada di landasan yang baik. Gergasi Liga Sepanyol itu sekadar menewaskan saingan mereka, Real Madrid, dengan jaringan tipis 1-0. Di mana Raphinha menjaringkan gol sekali lagi dalam perlawanan pramusim atau El Clasico di Amerika Syarikat itu.

Selain itu, Juventus kini dalam proses menyelesaikan isu melibatkan Arthur dan juga Aaron Ramsey. Dua pemain yang dikatakan mahu angkat kaki. Juventus berharap dapat melepaskan 2 pemain itu untuk menampung gaji Leandro Paredes dari PSG.

Berbalik kepada situasi Pogba, kecederaan beliau boleh membuatkannya disisihkan sehingga 14 hari. Namun kem Juventus percaya pemain itu akan segera sembuh lebih awal.

Baca yang lain