Didier Deschamps membuat kejutan apabila dia mengumumkan untuk tidak memanggil kapten Perancis, Kylian Mbappe bagi tugasan antarabangsa – Piala Negara Negara Eropah – yang akan datang.
Deschamps menepis dakwaan bahawa Kylian Mbappe yang meminta tidak menyertai kem kebangsaan Perancis kali ini.
Sebelum ini media di Perancis bengang dengan Mbappe yang didakwa memalsukan kecederaannya untuk mengelak tugasan bersama Perancis kerana tidak mahu terlepas el clasico.
Lebih membuatkan media di Perancis bengang apabila Mbappe berfoya foya di kelab malam pada masa itu.
Terbaru Deschamps mengesahkan Kylian Mbappe benar benar bersemangat mahu menyertai skuad Perancis. Namun pengurus itu menolak untuk memanggilnya kali ini kerana isu prestasi pemain itu yang kurang memuaskan di Real Madrid pada ketika ini.
Kylian Mbappe terus menuai kritikan di atas prestasinya yang kurang menjadi sejak menyertai Real Madrid pada musim panas ini. Walaupun dia menyertai Real Madrid secara percuma, namun gajinya di Madrid sangat besar.
Misalnya dalam aksi el clasico dia ofsaid 8 kali dalam perlawanan itu. Membuatkan ramai pundit mulai merasakan Mbappe tidak sesuai bermain posisi no.9.
Tetapi ketika ini posisi sayap kiri di Madrid sedang diisi oleh Vinicius Jr.
Deschamps menjelaskan situasi Mbappe: “Saya dah bincang dengan dia, keputusan ini diambil oleh saya dan dia tidak akan beraksi dalam beberapa perlawanan lagi.”
Mbappe kini terlepas 4 perlawanan berturut turut bersama Perancis.
Deschamps menambah: “Kita mungkin tak boleh bersetuju dalam semua perkara. Ada perbincangan antara saya dan pemain. Saya bukannya berada di sini untuk mendengar pemain memberitahu saya bahawa saya yang terbaik atau paling kacak.
“Saya mendengar luahan mereka, dan saya sentiasa terinspirasi daripada perbincangan dengan mereka, sama ada secara individu atau kolektif. Saya akan melindungi semua pemain saya.
“Inilah sebabnya saya boleh membuat banyak diskusi, saya pergi melangkaui sfera padang, kerana mereka sangat tahu bahawa siapa yang akan bercakap jika sesuatu berlaku.
“Perbualan ini penting untuk saya. Memberikan kelebihan untuk memahami situasi, kekal tenang dan lebih jelas. Saya membuat keputusan yang terbaik untuk saya.
Berikut adalah senarai skuad Perancis kali ini:
Goalkeepers: Mike Maignan (AC Milan), Brice Samba (Lens), Lucas Chevalier (Lille)
Defenders: Jonathan Clauss (Nice), Lucas Digne (Aston Villa), Wesley Fofana (Chelsea), Theo Hernández (AC Milan), Ibrahima Konaté (Liverpool), Jules Koundé (Barcelona), William Saliba (Arsenal), Dayot Upamecano (Bayern Munich).
Midfielders: Eduardo Camavinga (Real Madrid), Matteo Guendouzi (Lazio), N’Golo Kanté (Al Ittihad), Manu Koné (Roma), Adrien Rabiot (Marseille), Warren Zaïre-Emery (Paris Saint-Germain)
Forwards: Bradley Barcola (PSG), Ousmane Dembélé (PSG), Randal Kolo Muani (PSG), Christopher Nkunku (Chelsea), Michael Olise (Bayern Munich), Marcus Thuram (Inter Milan)