Alan Shearer melemparkan kritikan terbuka kepada Ruben Amorim. Di mana menurut Shearer, Manchester United jauh lebih teruk di bawah kendalian Amorim berbanding Ten Hag.
Ruben Amorim menelan satu lagi kekalahan pada minggu lalu. Dimalukan oleh Brighton 1-3 di halaman sendiri.
Pengurus itu sendiri mengakui bahawa pasukan United ketika ini adalah kemungkinan pasukan paling teruk dalam sejarah Manchester United.
“Ini pasukan terburuk dalam sejarah Manchester United, mungkin. Kamu sukakan tajuk sensasi, saya bagi kamu,” tegas Amorim yang akui dia benar benar kecewa dengan permainan hambar Man United.
Aksi yang menyaksikan United cuma mencetak 1 percubaan tepat menerusi penalti yang disempurnakan Bruno Fernandes.
Alan Shearer kini mempersoalkan tindakan Man United menggantikan Erik Ten Hag dengan Ruben Amorim.
Menamatkan 2 musim Ten Hag bersama United. Di mana pengurus itu memberikan kejayaan Piala FA dan Piala EFL kepada Man United.
Sejak Amorim mengambil alih dia cuma menaikkan United ke satu anak tangga pada masa ini, iaitu ke kedudukan ke-13.
Amorim cuma mencatatkan 3 kemenangan sahaja daripada 11 perlawanan liga.
Shearer tidak tahu apa yang cuba dilakukan oleh pemain pemain United di atas padang. Mereka terus keliru dan tidak tahu untuk melaksanakan taktikal Amorim.
Walaupun segalanya serba tak menjadi, Shearer mempersoalkan keengganan Amorim untuk mengubah forrmasi permainan mereka.
“Mereka tidak boleh bermain dengan cara yang dia mahukan. Pemain tidak mampu melakukannya.”
🚨JUST IN: Alan Shearer claims Man Utd have got worse under Ruben Amorim with concern raised pic.twitter.com/yHhpqZkmcQ
— EverthingEverything (@EverthingEv) January 20, 2025
Micah Richards kemudian membalas: “Kita tengok keadaan sebaliknya, kerana pada zaman kamu dan Lineker dulu, ianya zaman 4-4-2.
“Bayangkan jika dia suruh kamu berdua main 3-4-3, susah tak kamu nak sesuaikan diri? Bayangkan saya cakap begitu kepada kamu, Alan pergi bermain sebelah kanan untuk penyerang bertiga, di mana kamu ke press.
“Saya rasa Amorim seorang yang sangat bagus dalam mengolah corak permainannya namun ketika ini, pemain pemain Manchester United tidak sesuai dengan sistem dia mahukan.”