Alasan Chelsea Lantik Potter Dengan Kontrak 5 Tahun Terus: “Dia Terbukti Dan Seorang Inovator Taktikal”

Graham Potter dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea pada Khamis. Pengurus itu meninggalkan Brighton untuk menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat di Stamford Bridge.

Graham Potter dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea dengan kontrak lima tahun pada Khamis berikutan pemecatan mengejut Thomas Tuchel. Chelsea dilaporkan membayar klausa pelepasan pada kontrak beliau.

Chelsea benar benar yakin bahawa Potter orang yang sangat tepat mengisi jawatan di Stamford Bridge. Ianya dibuktikan dengan durasi kontrak yang mereka berikan adalah 5 tahun terus.

Pengurus berbangsa Inggeris itu memikat hati pengurusan tinggi Chelsea yang memuji “bola sepak progresif dan bimbingan inovatifnya” beliau selama ini.

Pengurus berusia 47 tahun itu meningkatkan reputasinya dengan sangat meluas ketika mengendalinak Brighton.

Dia membawa Seagulls ke tempat kesembilan musim lalu dan membawa mereka ke tangga keempat dalam pada carta liga semasa.

Dia seorang pengurus yang menuntut persembahan bola sepak menghiburkan dan taktikal yang bijak daripada pemainnya.

Perlawanan pertama Potter sebagai bos Chelsea adalah perlawanan derby di barat London menentang Fulham pada hari Sabtu.

“Saya amat berbangga dan teruja untuk mewakili Chelsea FC, kelab bola sepak yang hebat ini,” kata Potter.

“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan kumpulan pemilikan baharu Chelsea dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan mereka dan bekerjasama dengan kumpulan pemain yang menarik di sini dan untuk membangunkan pasukan serta budaya yang boleh dibanggakan oleh peminat kami yang hebat.”

Pengerusi Chelsea Todd Boehly, yang memecat Tuchel pada hari Rabu, hanya selepas tujuh perlawanan musim baharu, berkata dia “teruja” untuk membawa Potter masuk ke kelab itu.

“Dia seorang jurulatih yang sudah terbukti dan seorang inovator dalam Liga Perdana yang sesuai dengan visi kami untuk kelab,” kata Boehly.

“Bukan sahaja dia sangat berbakat di atas padang, dia mempunyai kemahiran dan keupayaan yang melampaui sempadan atas padang yang akan menjadikan Chelsea sebuah kelab yang lebih berjaya.”

Potter antara calon untuk jawatan pengurus di Manchester United sebelum ini, yang akhirnya diisi oleh Erik ten Hag. Potter membantu Brighton menamatkan saingan EPL di tangga tertinggi dalam sejarah kelab dengan bajet yang terhad berbanding pasukan lain.

Chelsea datang menghubungi, Brighton tidak dapat menghalangnya kerana dia mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya.

Kerjaya mengagumkan Potter dalam tiga tahun bersama Brighton berakhir. Sebelum ini, Brighton memancing khidmatnya selepas cemerlang berkhidmat di Swansea dan kelab Sweden Ostersunds FK sebelum ini.

 

Baca yang lain