Alasan Kebudak Budakan Nacho Selepas Dibelasah Barca: “Main Relaks Sebab Jauh Mendahului”

Nacho telah dikritik kerana memberikan alasan yang dianggap tidak profesional selepas pasukannya dimalukan Barcelona dalam aksi el clasico semalam.

Di mana Barcelona menang 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Santiago Bernabeu.

Aubameyang melakukan 2 gol dan 1 assist dalam perlawanan el clasico sulungnya. Manakala Araujon dan Ferran Torres menyumbang kepada 2 lagi gol Barcelona.

Selepas tamat perlawanan Gerard Pique terus melaungkan amaran bahawa Barcelona sudah kembali!

Ianya selepas musim yang sukar di atas dan di luar padang. Barcelona bermain dengan sangat dominan dengan mengawal tempo permainan keseluruhannya.

Pemain antarabangsa Sepanyol, Nacho beraksi di bek berempat Real Madrid bersama sama dengan David Alaba, Eder Militao dan Dani Carvajal.

Selepas tamat perlawanan Nacho menyatakan bahawa Real Madrid bermain sedikit sambil lewa atau relaks kerana jurang mata mereka dengan pasukan lain sangat jauh.

Walaupun kalah, Real Madrid masih 9 mata di atas Sevilla dan 12 mata di atas Barcelona dan Atletico Madrid.

Menerusi laman rasmi Real Madrid, Nacho berharap mereka akan segera bangkit.

“Kami menghadapi kesukaran pada tahap mental untuk kalah, kami mengharungi musim yang hebat sehingga sekarang dan kelebihan itu bermakna kami akan mengekalkan pendahuluan kami dalam liga”, kata pemain pertahanan itu.

Nacho menjadi kapten Real Madrid dalam Clásico di Santiago Bernabéu dan berkata: “Ia adalah persembahan yang sangat buruk daripada kami dan yang bagus dari Barcelona. Keputusan itu bercakap untuk dirinya sendiri.”

“[Kekalahan ini juga] mungkin kerana kami beraksi agak terlalu relaks dan santai — kerana kelebihan jurang mata yang kami miliki di tangga teratas.”

“Kami kecewa kerana kekalahan Clásico sentiasa menyakitkan, tetapi kami mengharungi musim yang hebat sehingga sekarang dan kelebihan itu bermakna kami akan mengekalkan pendahuluan kami dalam liga”.

“Kami tidak beraksi pada tahap terbaik dalam mana-mana aspek permainan. Ia adalah salah satu persembahan terburuk kami pada musim ini. Segala-galanya menjadi serba tak kena sejak awal, mereka mendapat gol awal dan kami tidak selesa dalam permainan. ”

“Kekalahan ini memberikan kesukaran pada mental kami, lebih lebih lagi erti perlawanan [el clasico] ini, tetapi kami kini perlu berpegang pada kelebihan yang telah kami berikan kepada diri sendiri.”

“Kami adalah Madrid dan kami perlu bangkit. Kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka, masih jauh lagi dan ianya masih di tangan kami.”

Komen Nacho yang menyatakan para pemain Madrid bermain agak tenang dan santai kerana jurang mata yang jauh, telah mengundang kecaman. Ianya dianggap alasan yang kebudak budakkan.

Bagi para peminat, Nacho seharusnya mencari alasan yang lebih baik dan bukannya memberitahu dunia bahawa mereka sedang bermain dengan relaks.

Nacho menuai kritikan daripada peminat Real Madrid. Pablo berkata: “Ada antara kami  [penyokong] menunggu sehingga 3 atau 4 hari penuh di website Real Madrid hanya semata mata mahu mendapatkan 2 tiket yang sama harga dengan emas – kemudian datang semata mata melihat aksi sampah seperti ini.”

“Lain kali beritahu kami perlawanan mana yang kamu akan bersungguh sungguh supaya kami tak buang duit dan masa kami.”

Hector Dominguez kemudian menganggap kenyataan Nacho ini bukti ada beberapa pemain memiliki sikap sambil lewa. Dia mempersoalkan apa yang dilakukan Ancelotti dalam membentuk pemikiran pemain sehingga jadi begini.

“Saya rasa itulah sebabnya sekarang  ni dan saya memang dah terperasan sangat benda ni. Memalukan sangat sangat. Sikap yang kurang bagus dalam perlawanan, di halaman sendiri berdepan Barca, ianya tidak boleh dimaafkan, sama ada oleh kelab atau penyokong yang mereka wakili.”

“Ancelotti pun bersalah dalam semua hal sekarang ni, teruk.”

Pemilik akaun Realeza kemudian menyatakan: “Kamu tak boleh jadikan itu alasan. Ianya tak sama apabila peminat yang cakap:’eh takpelah, kami ada banyak lagi jurang mata,’ ianya berbeza apabila pemain menyebut ayat itu.”

Real Madrid kehilangan penggempur utama mereka Karim Benzema dalam perlawanan ini. Ianya sedikit sebanyak telah merencatkan permainan mereka.

Vinicius Jr ternyata merindui aksi daripada Benzema untuk bergandingan dengannya di atas padang.

Real Madrid masih jelas menjadi pilihan untuk merebut semula kejuraan La Liga daripada tetangga mereka, Atletico Madrid.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil