Alasan Mourinho Selepas Kalah: ‘Salzburg Bermain Di Liga Lemah, Boleh La Lawan Team Senang’

AS Roma tewas di tangan RB Salzburg dalam aksi play off kalah mati Liga Europa.

Dan kini skuad Roma perlu menang di tempat sendiri dalam aksi kedua yang akan berlangsung di Stadio Olimpico.

Jose Mourinho ada alasan tersendiri kenapa Roma kalah di tangan Salzburg. Menurutnya, Roma kalah kerana bermain di liga lebih sukar dan tak boleh menggilirkan pemain.

Bernanding RB Salzburg yang bermain perlawanan mudah setiap minggu di liga yang lemah.

“Kami tak ada skuad [yang cergas] macam Salzburg. Kami turut bermain di liga yang berbeza dengan Salzburg.”

“Kami bermain di liga yang kuat dan menghadapi perlawanan sukar setiap minggu. Di Liga Itali setiap mata itu berharga seperti emas.”

“Salzburg bermain di liga yang mudah dan mereka adalah dominan di sana. Mereka ada perlawanan senang setiap minggu dan boleh menggilirkan pemain mereka.”

“Mereka ada skuad yang boleh digilirkan, dan kami tak ada.”

Jose Mourinho menganggap RB Salzburg sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini kerana mereka akan terus memiliki kelebihan untuk merehatkan pemain mereka menjelang aksi kedua di bandar Rom.

Namun pandangan Mourinho itu ditepis oleh pengurus Salzburg, Matthias Jaissle yang tidak mahu anak anak buahnya termakan kata kata Mourinho melabel Salzburg ada kelebihan dan pasukan pilihan.

Ini kerana menurutnya itu cuba perang saraf pengurus itu.

Baca yang lain