Alasan Paling Masuk Akal Kenapa Weghorst Tetiba Sentuh Papan Tanda ‘This Is Anfield’

Nampaknya, Weghorst sudah kalah sebelum sepak mula lagi, kata seorang peminat tentang kelakuan pemain itu yang menyentuh plat This Is Anfield.

Ianya plat keramat yang sudah ada di situ sejak dulu lagi.

Sebelum ini Jurgen Klopp menyatakan bahawa pemain pemain Liverpool yang belum memenangi sebarang piala untuk Liverpool tidak dibenarkan menyentuh plat tersebut. Kerana bagi Klopp, ianya sudah menjadi sekadar gimik yang tidak bermakna sejak akhir akhir ini.

Akhirnya generasi di bawah Klopp memenangi UCL, EPL dan beberapa piala lain dan membolehkan mereka menyentuhnya.

Dalam aksi antara Liverpool dan Manchester United, Weghorst yang mewakili Setan Merah tiba tiba menyentuh plat keramat itu.

Dalam perlawanan tersebut, Man United dibelasah teruk 7-0 oleh Liverpool.

Trio serangan, Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Darwin Nunez menjaringkan 2 gol setiap seorang. Pemain gantian, Roberto Firmino pula menjaringkan 1 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 7 gol tanpa balas

Dalam video Inside Anfield yang diterbitkan krew LFC TV, peminat tertarik dengan kelakuan Wout Weghorst yang menyentuh papan This Is Anfield sebelum perlawanan.

Lihat di bawah:

Kenapa?

Alasan paling masuk akal adalah, Weghorst adalah penyokong Liverpool pada zaman kanak kanaknya.

Bercakap kepada DAZN pada 20202, Weghorst berkata: “Saya sentiasa mendapai bahawa Liverpool sangat istimewa. Saya masih terkesima oleh ‘You’ll Never Walk Alone’.”

“Ada juga kelab England hebat yang lain. Dan saya sentiasa meminati Milan kerana ramai legenda Belanda bermain di sana.”

Pada 2018, ketika temuramah dengan De Telegraaf, Weghorst berkata: “Saya berimpian untuk bermain untuk Liverpool sejak saya kecil.”

Jadi, mungkin kerana perasaan yang terbawa bawa oleh pemikiran separa sedarnya, dia telah menyentuh papan tanda This Is Anfield secara spontan.

Namun tindakannya telah dikritik segelintir peminat Man United yang menganggap ianya tidak boleh diterima.

Akex Wallace berkata: “Apa benda ni? Dia penyokong Liverpool masa kecil atau tak, ini adalah mengejutkan…”

Ramai lagi menyatakan bahwa Wout Weghorst seharusnya lebih peka dan sensitif tentang perseteruan antara Liverpool dan Manchester United.

Pemain antarabangsa itu menyertai Man United secara pinjaman dari Burnley.

Dan dia merupakan pemain yang diminati Ten Hag kerana kadar kerjanya yang tinggi di atas padang.

 

Baca yang lain