Alasan Pelik FA Jerman Benarkan Lelaki ‘Tukar Spec’ Bermain Melawan Wanita

FA Jerman membuat peraturan paling kontroversi apabila mengumumkan bahawa mana mana individu yang tukar jantina atau keliru mana satu jantina mereka, boleh beraksi dalam mana mana kategori.

Ini sejajar dengan peraturan kerajaan Jerman dalam urusan rasmi mereka, bermula 2018, di mana ada kategori ‘tidak dinyatakan’ dalam borang mereka untuk pilihan gender selain lelaki dan wanita.

Hal ini kerana paada hari ini ada banyak jantina selain lelaki dan wanita. Ada yang non binary, mereka yang menganggap diri mereka tiada jantina.

FA Jerman / DFB menjelaskan bahawa bermula sekarang, pemain yang tiada jantina ini boleh bermain di kategori lelaki atau wanita. Tapi ada ke wanita nak tanam bebird? Biasanya lelaki yang suka membuang barangan berharga mereka tu kan?

DFB menjelaskan bahawa peraturan ini turut terpakai kepada mereka yang menukar jantina.

Dengan syarat, mereka bebas daripada menggunakan barang terlarang dalam proses menukar jantina itu.

DFB dalam surat pekeliling mereka menjelaskan: “Peraturan ini memperuntukkan bahawa pemain yang statusnya ‘pelbagai’ atau ‘tidak ditentukan’… boleh membuat keputusan sendiri pada masa hadapan sama ada mereka layak bermain dalam pasukan wanita atau lelaki” di peringkat remaja, futsal dan amatur.”

“Ini juga terpakai kepada pemain trans yang kini boleh bertukar pada masa yang ditentukan sendiri atau kekal dalam pasukan yang mereka pernah bermain sebelum ini.”

Kesukaran telah dihadapi di pelbagai kelab dan persatuan serantau sejak 2018 di mana di Jerman ditambah kategori ‘pelbagai’ pada dokumen sivil di sebelah kotak ‘lelaki’ dan ‘perempuan’.

DFB menunjukkan contoh Liga Bola Sepak Berlin, yang telah pun memperkenalkan peraturan serupa pada 2019 “tanpa membahayakan” integriti pertandingan bola sepak.

Namun alasan pelik DFB membenarkan atlet atlet tiada jantina dan bertukar jantina ini bermain dalam bola sepak wanita paling rare dan tak masuk akal.

Ini kerana menurut mereka, bola sepak adalah sukan yang kejayaannya hanya boleh dicapai dengan permainan berpasukan, bukannya individu, tak kiralah betapa hebatnya individu itu.

“Pada akhirnya, semua orang mempunyai kekuatan dan kebolehan fizikal yang berbeza yang membawa kepada kejayaan secara kolektif dalam satu pasukan, tanpa mengira jantina,” kata DFB.

Sebelum ini FINA sudah menyesali keputusan mereka dan berpatah balik dalam peraturan mereka.

FINA Akhirnya U Turn Melarang Atlet Tukar Kelamin Bertanding Acara Wanita

Selepas menerima banyak kritikan, badan renang dunia, FINA akhiarnya melarang atlet tukar jantina bertanding dalam acara wanita.

Keputusan itu dibuat sebulat suara daripada undian dalam EGM di Budapest baru baru ini. Di mana 152 ahli FINA menghantar undian mereka.

71% mengundi untuk tidak membenarkan atlet trans bertanding dalam acara elit wanita jika mereka pernah mencapai akil baligh sebagai wanita.

Ini bermakna, hanya atlet yang menukar jantina mereka sebelum berusian 12 tahun (usia purata untuk akil baligh), dan kemudian perlu mengurangkan hormon lelaki dalam badan mereka, barulah boleh bertanding dalam acara reenang.

FINA kemudian menyatakan bahawa atlet trans ini masih boleh bertanding dalam acara terbuka. Bermakna, mereka boleh bertanding dalam acara lelaki. Sebab isu yang besar sekarang ini atlet tukar jantina dari lelaki kepada perempuan bertanding acara perempuan.

Lia Thomas ialah atlet trans pertama menjadi juara kebangsaan Aemerika Syarikat, Divisyen I. Dia turut mencipta rekod baru kejohanan pada beberapa bulan lalu.

Dia menyatakan hasratnya untuk terus bertanding walaupun peraturan bahru ini akan menghalang dia bertanding dalam acara wanita.

Kemenangan Lia Thomas ketika itu mendapat kritikan daripada atlet yang bersaing. Mereka membuat bantahan rasmi.

Pada awal tahun ini, presiden International Olympic Committee (IOC), Thomas Bach berkata mereka mahu memastikan persaingan benar benar adil di setiap arena sukan. Oleh sebab itu berlaku perubahan pada acara wanita yang tidak boleh lagi disertai oleh jantan yang modi bebird.

Sebenarnya IOC jugalah punca fenomena atlet tukar jantina ni bertanding dalam acara wanita. Ini kerana peraturan IOC yang digubal sebelum ini membenarkan atlet trans bertanding acara wanita.

Itu yang membuatkan Laurel Hubbard menjadi atlet tukar jantina pertama bertanding acara wanita di Sukan Olimpik.

Hubbard malah dijulang sebagai Olahragawati Tahunan New Zealand.

Peraturan yang berubah pada tahun 2015 yang menyatakan bahawa wanita transgend*r dapat bersaing di Olimpik selagi tahap testosteron berada di bawah 10 nanomol seliter sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum pertandingan pertama mereka.

Walaupun terdapat ramai penyokong untuk penyertaan trans, namun beberapa saintis berpendapat bahawa ada kelebihan bagi mereka yang telah melalui akil baligh sebagai lelaki kerana ada kemungkinan lebih besar untuk memiliki kepadatan tulang dan otot yang lebih tinggi.

Bach ketika itu menyokong atlet tukar jantina bertanding acara angkat berat wanita. Dan kemudian meluaskan peraturan itu ke acara lain. Kini dia pula yang menjadi hero pejuang keadilan sukan wanita.

Seorang lagi tokoh tukar jantina iaitu Caithlyn Jenner menyokong usaha melarang golongan mereka bertanding dalam acara wanita. Dia mendapat kecaman daripada kaum dia sendiri.

Sebagai bekas atlet OIimpik dia mengakui bahawa adalah tidak adil untuk mereka yang bertukar jantina bertukar ke acara wanita.

Dalam tweet ringkasnya, Jenner berkata: “Ianya berjaya! Ianya isu agak panas, namun keadilan tetap keadilan. Jika kamu dah akil baligj sebagai lelaki, janganlah kamu mahu merampas pingat daripada wanita wanita lain. Titik!”

Terlalu banyak isu yang timbul apabila atlet tukar jantina bertanding acara wanita. Terutama sekali dalam sukan tempur seperti MMA. Di mana sebelum ini sudah ada atlet tempur yang merupakan bekas tentera, menukar jantina dan bertanding acara wanita.

Atlet trans MMA, Alana McLaughlin melakukan debutnya dalam aksi MMA berdepan dengan Celine Provorst. Acara seperti ini akan mendedahkan wanita kepada risiko termasuk kehilangan nyawa.

Dan dia menang mudah pada pusingan kedua dengan mengunci leher lawannya dari belakang (rear naked-choked).

Alana lahir sebagai lelaki, menyertai acara wanita buat pertama kali selepas debutnya. Dia berjaya mendapat status sebagai petarung wanita kerana melepasi piawaian hormon yang ditetapkan oleh MMA. Sama seperti yang digunakan dalam sukan Olimpik baru baru ini.

https://twitter.com/AngelD_Castro/status/1436545804995604481

Alana menjadi petarung trans pertama dalam acara MMA selepas Fallon Fox melakukannya pada 2014. Dan Alana McLaughlin memberikan penghargaan kepada Fallon Fox yang menurutnya telah menjadi inspirasi ramai wanita spec tukar alatan sepertinya.

Selepas tamat pertarungan, Alana berkata: “Saya mengikut jejak langkah Fallon yang merintis jalanan ini. Saya mengikutnya dan berharap akan lebih ramai yang mengikuti di belakang kami selepas ini.”

“Kalau kita semua mahu melihat lebih ramai atlet trans, jika kita semua mahu lebih banyak peluang untuk anak anak yang transjantina, kita harus mulai mebina platform dan ruang untuk merealisasikan semua ini.”

Alana McLaughlin menyatakan dia sangat kecewa kerana sangat susah mencari lawan. Sambil melabel ramai lawan yang dicabarnya sebagai transfobia.

“Mimpi ngeri nak cari lawan ni wei. Jadi saya nak ucapkan salam hormat kepada Provost.”

Dia berkongsi cerita, sudah lama nak menukar jantina, sejak di bangku sekolah namun dihalang ibunya. Alana menyatakan dia memang mahu menjadi wanita dan tidak ada naluri lelaki. Tetapi dipaksa oleh ibunya selama ini.

Lalu dia terpaksa hidup sebagai lelaki lebih 30 tahun sebelum berjaya menukar jantinanya.

“Keluarga saya adalah jenis yang kuat agama, mereka tak setuju, terutama sekali emak saya. Bila dah besar saya tukar la ehem ehem saya kepada bebird.”

“Sejak itu saya sudah tak bertegur langsung dengan emak saya.”

Dia menyatakan, dia bersemangat untuk menewaskan lawannya selepas membaca banyak komen menghentamnya di media sosial terutama di Instagramnnya.

Ramai mempersoalkan kenapa dia bertanding acara perempuan. Ada juga menyuruh dia kekal saja dengan acara lelaki.

Dia menyindir mereka yang mengkritiknya sebagai haters: “Selamat pagi, kawan kawan, penyokong dan yang lain lain [haters]! Saya menerima banyak mesej dan panggilan yang jelik sama macam sebelum ini.”

“Mereka memanggil saya penipu, dan berkata penipu macam saya akan tumbang pada separuh pusingan pertama lagi.”

“Kamu semua harus hormat dengan @cylinelagrande [Provost] dan pergi troll tempat lain.”

“Dia hampir menewaskan saya beberapa kali di gelanggang tadi, dalam kad catatan mata, dia menang pusingan pertama. Ini sajalah benda saya nak post hari ni. Transfobia membuatkan buku lima saya ni makin kuat.”

Kemenangan Alana terus membuatkan netizen berdebat tentang kemenangannya.

Ramai yang merasakan bahawa tindakan membenarkan Alana bertanding acara wanita meletakkan wanita sejak lahir dalam bahaya.

Alana bukan calang calang orang ketika dia menjadi jantan dulu. Dia merupakan bekas tentera unit khas/ special forces, berpangkat sarjan.

Malah sebelum pertarungan, ramai yang sangat terkejut melihat apa yang berlaku.

Ada juga yang bertanya, di mana ekualiti yang dicanangkan oleh puak pelangi ini sebelum ini? Kenapa dalam sukan mereka memilih untuk bertanding dengan mereka yang secara fizikal lebih lemah.

Seorang lagi peminat MMA berkata: “Ini dia Alana McLaughlin, ‘perempuan’ yang memenangi pertarungan MMA pertamanya berdepan lawan yang lahir sebagai wanita.”

“Saya rasa orang boleh mengenali mereka dengan apa sahaja [status gender], namun saya tak rasa perkara macam ni ada tempat di dalam sukan tempur.”

“Kamu semua rasa ini ok ianya pemerkasaan trans?”

 

Baca yang lain