Alasan Pelik Griezmann Selepas Seri Dengan Hungary Kerana Stadium Bingit

Antoine Griezmann menyelamatkan pasukannya daripada dimalukan oleh Hungary di Puskas Arena. Namun bintang Barcelona itu ternyata memberikan alasan pelik tentang ke-seri-an itu.

Puskas Arena menjadi satu satunya venue di EURO 2020 dengan kapasiti penuh. Di mana pasukan Hungary dan Perancis bermain di hadapan 60,000 orang penyokong.

Perancis awalnya dijangka mudah untuk menang dan mara lebih awal ke pusingan kalah mati. Namun itu tak berlaku. Hungary malah di hadapan menerusi jaringan Attila Fiola.

Griezmann menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua, melakukan rebound dari dalam kotak penalti. Ia dianggap keputusan yang gagal untuk Perancis.

Penyokong Hungary meraikan keputusan itu dengan girang. Mereka baru seri dengan juara dunia.

Griezmann berkata, alasan utama Perancis gagal bermain baik adalah kerana tidak dapat membentuk kesefahaman atas padang disebabkan selama ini mereka biasa bermain tanpa penyokong.

Jeritan dan ngauman dari tempat penyokong membuatkan Perancis tidak mendapat rentak. Menurut beliau lagi Perancis terlupa cara bermain dalam stadium yang penuh.

“Kita tak dapat bermain secara kolektif, kami tidak dapat mendengar antara satu sama lain, kerana kami ada tabiat bermain dengan tempat penyokong yang sunyi,” kata Griezmann kepada beIN Sports.

“Kami semua tahu ianya akan menjadi sukar.”

“Kami telah hilang tabiat bermain di stadium yang penuh. Jadi kami terpaksa membayar harganya. Ini pentas Eropah, kita semua tahu, banyak pasukan hebat dan pemain pemain hebat, walaupun berhadapan Hungary, tetap perlawanan yang sukar.”

Perancis sebenarnya agak tumpul di hadapan gol. Griezmann, Kylian Mbappe dan Karim Benzema kesemuanya ada peluang terbaik menjaringkan gol, namun gagal menewaskan Peter Gulacsi.

Ousmane Dembele turut melakukan percubaan terkena tiang. Dia yang dimasukkan pada separuh masa kedua, dikeluarkan semula beberapa minit kemudian kerana kecederaan.

Gol Hungary pula berpunca daripada clearance lemah oleh Benjamin Pavard.

Baca yang lain