Alasan Pelik VAR Tak Batalkan Gol Gakpo Sedangkan Trent Alexander Arnold Handball Dulu

VAR sekali lagi menjadi sorotan peminat. Ini selepas VAR merestui keputusan pengadil untuk memberikan gol pertama Liverpool dalam aksi berdepan Leeds.

Sebelum gol itu, Trent Alexander Arnold mengendali hantara Junior Firpo bola dengan tangannya pada kedudukan agak tinggi.

Dan kemudian pemain bek sisi Liverpool itu berlari ke hadapan untuk bermain satu-dua dengan Mo Salah, sebelum Trent melakukan hantaran silang leret yang disambar oleh Cody Gakpo.

Pemain pemain Leeds membantah gol itu dan meminta semakan VAR.

Namun VAR menyatakan gol itu bersih. Kenapa?

Alasannya adalah, menurut VAR, handball pada Trent Alexander Arnold itu berlaku agak jauh di belakang sebelum gol itu berlaku.

Peminat berbagi pendapat tentangnya. Kerana menurut mereka, jelas sekali handball itu mencetuskan ancaman segera secara langsung. Lebih lebih lagi pemain yang handball itu mendapat assist.

Maka peminat menganggap VAR semakin hari semakin mengarut.

Saksikan insiden itu di sini:

Ini pastinya akan menjadi tamparan hebat buat PGMOL sekali lagi. Dalam beberapa minggu ini terlalu banyak kontroversi melibatkan pengadil.

Beberapa pegawai perlawanan dikenakan tindakan termasuk digantung tugasan.

Liverpool berjaya menang 6-1 ke atas Leeds. Mohamed Salah, Diogo Jota masing masing mencetak 2 gol.

Sementara 2 lagi gol adalah menerusi Cody Gakpo dan Darwin Nunez.

Trent Alexander Arnold beraksi cemerlang dalam perlawanan ini dengan mencatatkan 2 assist serta 92% ketepatan hantaran.

Kemenangan ini menghidupkan sedikit peluang Liverpool untuk beraksi di Eropah, di Europa League musim hadapan dengan kedudukan ke UCL kelihatan mustahil untuk The Reds.