Alasan Southgate Terus Pilih Pickford: “Tiada Yang Serius Mencabarnya”

Gareth Southgate memberikan sokongan kepada Jordan Pickford dan mengatakan bahawa tidak ada penjaga gol lain yang benar benar serius mencabarnya untuk menjadi No 1 England.

Pickford disisihkan oleh Everton kerana kekalahan Liga Perdana hujung minggu lalu di Newcastle setelah mengharungi beberapa minggu yang sukar.

Pickford antara penjaga gol yang reputasinya terumbang ambing dalam beberapa bulan ini.

Namun, Bos England Southgate terus memberikan sokongannya kepada pemain berusia 26 tahun itu dan mengatakan bahawa dia tetap menjadi penjaga gol pilihan utama untuk perlawanan akan datang menentang Republik Ireland, Belgium dan Iceland.

“Ketika orang mengatakan saya telah setia kepadanya, dia layak mendapatkannya,” kata Southgate.

“Persembahannya untuk kami sangat bagus sehingga tidak menjadi keputusan yang sukar bagi saya.”

“Ada beberapa pesaing. Namun saya rasa tidak ada orang sedang mencabar dengan serius pada masa ini untuk menolaknya keluar dari kedudukan itu.”

“Dari segi bagaimana kelabnya menjaganya, dia memiliki pengurus yang sangat berpengalaman di sana yang telah menang segalanya dalam permainan ini.”

“Dia berada di tempat yang sangat baik.”

Southgate memanggil Nick Pope dan juga Dean Henderson. Daripada dua nama tersebut, Dean Henderson memutuskan untuk terus berada di Man United yang membuatkannya kekurangan minit perlawanan untuk mencabar Pickford.

Southgate tidak nampak Nick Pope akan menjadi ancaman besar kepada Pickford.

 

Baca yang lain