Alasan Ten Hag Tak Masukkan Ronaldo: “Karier Dia Besar, Perlu Dihormati”

Erik ten Hag dedahkan alasan belia tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dalam aksi Derbi Manchester.

Manchester United dimalukan oleh seteru sebandar Manchester City dalam Derbi Manchester yang diadakan di Stadium Etihad. Di mana The Red Devils tewas 6-3 menentang The Citizens dalam perlawanan Liga Perdana.

Enam gol Man City terhasil daripada dua pemain yang sama-sama menjaringkan gol hatrik, iaitu Phil Foden (8′ 44′ 72′) dan Erling Haaland (34′ 37′ 64′), manakala tiga gol Man United dihasilkan Antony (56′) dan dua gol Anthony Martial (84′, 90+1′ penalti).

Tuan rumah juga menjadi pasukan lebih dominan menentang Man United dengan rekod penguasaan bola 55% 22 percubaan (10 tepat ke arah sasaran) berbanding 12 percubaan (lapan tepat sasaran) oleh United.

Jelas sekali Man City memiliki kualiti permainan yang jauh lebih baik.

Erik ten Hag tidak banyak mengubah formasi taktikal 4-2-3-1 yang digunakan oleh Man United. Namun kemasukan Rashford dan Martial pada separuh masa kedua sekurang kurangnya memberikan impak secara individu.

Phil Foden dan Erling Haaland Mencipta Sejarah di Manchester Derby dengan menjadi pemain City yang pertama dan kedua mencetak hatrik ke atas Man United. Mereka juga mencipta sejarah mencetak hatrik dalam satu perlawanan yang sama.

Satu nama menarik perhatian dan sepanjang perlawanan pastinya Cristiano Ronaldo. Bintang Portugal berusia 37 tahun itu langsung tidak dimainkan oleh Ten Hag dan hanya memanaskan bangku simpanan.

Namun, Ten Hag ada jawapannya. Ten Hag tidak mahu menurunkan Ronaldo ketika Man United dimalukan oleh saingan sebandar, kerana dia tidak mahu rekod itu mencalarkan reputasi dan karier pemaim dengan lima Ballon d’Or dan lima gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya tidak akan membawa dia masuk (bermain) kerana menghormati Cristiano dan untuk kerjaya besarnya.”

“Satu lagi perkara ialah kelebihannya, saya boleh menurunkan Anthony Martial apabila dia memerlukan minit, tetapi saya tidak mahu menunjukkannya seperti itu, ” kata Ten Hag selepas tamat perlawanan.

Keputusan Ten Hag agak positif dalam pertukaran yang lebih kepada teknikal itu kerana Martial menjaringkan dua gol ketika masuk, ia juga berlaku kerana Man City telah merendahkan tempo permainan dan telah menang.

Sejak permulaan musim 2020-2021 Man United telah melepaskan sekurang-kurangnya empat gol pada separuh masa pertama dalam empat perlawanan Liga Perdana: menentang Tottenham Hotspur pada 2020, menentang Liverpool pada 2021, Brentford pada 2022 dan kini menentang Man City.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang