Janny Sikazwe, sebelum ini menjadi kontroversi apabila mengadili perlawanan di antara Mali dan Tunisa di peringkat kumpulan. Sebelum ini Janny menyatakan bahawa alasan utamanya menamatkan perlawanan lebih awal adalah kerana menderita strok haba akibat cuaca terlalu panas.
Selepas siasatan ke atas Janny Sikaze, Ketua Pengadil Piala Afrika / AFCON 2021 telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang alasan pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe meniup wisel penamat awal. Bukan sekali namun dua kali dia meniup wisel penamat sebelum 90 minit.
Pihak Pengadil AFCON menjelaskan bagawa, Sikazwe berbuat demikian kerana dia menderita strok haba dan dehidrasi yang teruk.
Kontroversi pengadil dalam aksi Mali vs Tunisia
Aksi antara Mali dan Tunisia penuh dengan kecelaruan. Mali menang 1-0 dalam aksi tersebut, hasil gol oleh Ibrahima Kone. Namun perlawanan ini lebih tertumpu kepada prestasi pengadil yang dianggap paling teruk setakat ini dalam Piala AFCON edisi kali ini.
Pengadil memberikan 2 penalti kontroversi, 1 kad merah dan beberapa siri pengadilan yang tak masuk akal dan pelik.
Mali dihadiahkan sepakan penalti minit ke-48 selepas Ellyes Skhiri didakwa menghadang bola dengan tangan. Kone menyempurnakan penalti dalam aksi debut AFCON beliau.=
Tunisia turut diberikan sepakan penalti pada minit ke-75 selepas reviu VAR – melihat insiden melibatkan pemain Southampton Moussa Djenepo yang handball. Malangnya Wahbi Khazri gagal menyempurnakan penalti tersebut yang diselamatkan penjaga gol Mali, Ibrahim Mounkoro.
Kemudian, pengadil perlawanan dari Zambia, Janny Sikazwe dengan peliknya meniup wisel penamat pada minit ke-85.
Pemain kedua dua pasukan terpinga pinga apabila Sikazwe mengarahkan mereka masuk ke terowong dan bersalaman.
Selepas itu perlawanan di disambung semula oleh pengadil yang menyedari kesilapannya.
Seminit kemudian, dia melayangkan kad merah kepada pemain Mali, El Bilal Toure kerana melakukan terjahan ke atas pemain lawan. VAR memintanya memeriksa semula sama ada ianya berhak mendapat kad merah.
Kerana menurut VAR, bentesan itu bukan kad merah. Namun pengadil kekal dengan pendiriannya dan dia tidak mengendahkan cadangan VAR walaupun dia sendiri sudah melihat di monitor di padang.
Tunisia meneruskan aksi, bermain dengan 10 pemain. Pengadil kemudian membunyikan wisel penamat sebelum masa sepatutnya sekali lagi iaitu kira kira baki 10 saat lagi.
Pemain pemain Tunisia tak berpuas hati kerana Sikazwe langsung tidak mahu memberikan masa kecederaan. Sedangkan banyak kali perlawanan terhenti sepanjang ianya berlangsung.
Sikazwe meninggalkan padang dengan diiringi pegawai keselamatan. Pengurus Tuinisia, Mondher Kebaier menunjukkan kemarahannya ke atas pengadil.
https://youtu.be/0nXQ1OyuDVA
Kenyataan CAF selepas perlawanan
Drama pengadil tersebut sudah pastinya mendapat perhatian daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Dalam kenyataan CAF, beberapa jam selepas tamat perlawanan, CAF menyatakan bahawa pengadil seharusnya meneruskan perlawanan dan masa kecederaan sekurang kurangnya 3 minit harus diberikan.
Setengah jam kemudian, CAF mengarahkan kedua dua pasukan masuk semula ke padang untuk menyambung aksi. Ianya benar benar membuatkan semua pemain terkejut termasuk pengurus Tunisia yang sedang berada di sidang media.
Wartawan bola sepak Algeria, Maher Mezahi berkata: “Sidang media jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah dihentikan seketika, pegawai meminta pasukan mereka masuk ke padang untuk menyambung semula perlawanan dengan 3 minit masa kecederaan untuk dimainkan.”
Namun CAF menegaskan bahawa pemain pemain Mali tak mahu masuk ke padang kerana mereka sudah dalam proses recovery selepas perlawanan.
Kemudian yang lagi pelik adalah pemain pemain Tunisia turut tidak mahu masuk ke padang. CAF meminta pemain pemain Tunisia masuk ke padang dan menunggu lawan mereka di sana. Namun mereka tak nak.
Jadi keputusan 1-0 kekal memihak Mali untuk mendapat 3 mata berharga berhadapan dengan pasukan Tunisia yang dianggap kuat.
HANG ON A MINUTE.
Half an hour later… and CAF is going to restart Tunisia v Mali!https://t.co/RBHQhJgjx1
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) January 12, 2022
AFCON pertahan tindakan Sikazwe
Sikazwe menerima banyak kritikan panas daripada peminat bola sepak. Ini termasuk cerita tentang bagaimana dia pernah digantung daripada tugasan pada 2018 kerana dituduh terlibat dalam rasuah.
Namun Ketua Pengadil AFCON iaituy, Essam Abdel-Fatah mempertahankan tindakan Sikazwe ketika aksi tempoh hari.
Ini kerana menurutnya, Sikazwe terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja tamat perlawanan. AFCON turut menyatakan bahawa, prestasi pengadil tidak berada di tahap terbaik kerana masalah strok haba tersebut.
Essam berkata: “Pengadil menderita strok haba akibat cuaca terlalu panash. Dia juga mengalami dehidrasi yang teruk. Itu membuatkan dia hilang fokus dalam tugasannya dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tamat perlawanan.”
Ref suffers a HEAT STROKE!
Zambian official Janny Sikazwe who was at the center of controversy yesterday at #AFCON2021 after making a number of shocking decisions was confirmed to have suffered a HEAT STROKE during the match. pic.twitter.com/Gb0LzwX2bp
— Soccerzela (@soccerzela) January 13, 2022
“Apabila berlaku krisis seperti itu, objektif untuk mengawal perlawanan telah hilang. Pengadil keempat adalah orang yang akan membantu menamatkan perlawanan ini. Namun kedua dua pasukan menolak untuk menyambung aksi.”
Sikazwe: Tuhan selamatkan saya
Namun terbaru Sikazwe muncul sekali lagi memberikan alasannya terbarunya kepada siaran TV Mali. Kali dia menyatakan bahawa Tuhan mengarahkannya menamatkan perlawanan lebih awal kerana tak mahu dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Sikazwe berkata: “Saya dah menyaksikan ramai orang pergi berkhidmat di luar negara dan kembali dengan ‘casket’ [alant sokongan].”
“Saya sangat hampir untuk kembali ke tanah air saya dalam keadaan itu. Namun saya bernasib baik sebab tidak koma. Jika tidak, lain pula ceritanya.”
Janny mengakui prestasi pengadilannya sangat teruk terutama sekali pada separuh masa kedua. Dan beliau menyatakan bahawa, cuaca di Cameroon pada hari itu menjadi punca utama.
“Doktor sendiri memberitahu saya bahawa badan saya memerlukan proses penyejukan [selepas terlalu panas]. Saya sangat hampir dan sedikit sahaja masa dibezakan daripada koma. Itu akan menjadi pengakhirannya.”
"I was lucky I didn't go into a coma…I think God told me to end the match. He saved me"
Zambian 🇿🇲 referee Janny Sikazwe, says he ended the Mali v Tunisia game early because of health reasons.#3Sports #AFCON2021 pic.twitter.com/j4i1YCGCu0
— #3Sports (@3SportsGh) January 31, 2022
“Cuaca terlalu panas, kelembapan sekitar 85%. Selepas memanaskan badan, saya mulai merasakan macam lain sangat.”
“Kami cuba minum air. Namun kamu tak terasa langsung air itu ketika meminumnya, tak ada!”
“Semua yang peralatan menjadi panas. Termasuk alatan komunikasi. Sampaikan saya rasa mahu lemparkannya. Sangat panas, saya kemudian merasakan ada seseorang berbisik kepada saya yang meminta saya menamatkan sahaja perlawanan.”
“Mungkin saya bercakap dengan diri sendiri? Saya tidak pasti. Itulah gambaran betapa teruknya keadaan masa tu. Saya berterusan mendengar suara suara pelik”
“Saya berpendapat, Tuhan telah mengarahkan saya untuk menamatkan perlawanan. Tuhan menyelamatkan saya..
The controversial AFCON referee, Sikazwe speaks, says he could have died.#PulseSports pic.twitter.com/3wx2LFr9kz
— Pulse Kenya (@PulseLiveKenya) February 2, 2022
Walaupun tidak dinafikan dia harus segera melakukan cooling down selepas terlalu panas. Namun kemungkinan dia harus memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai keempat untuk digantikan – sebaik sahaja dia merasakan ada sesuatu yang tak kena pada hari itu.
Terutama sekali pada separuh masa kedua, Sikazwe mungkin boleh meminta digantikan.
Kontroversi tercetus apabila AFCON kemudian meminta perlawanan disambung semula kerana ianya perlu ditamatkan pada masa secukupnya.