Alasan Tolak Man United: De Jong Mahu Bermain Di UCL & Tak Rapat Dengan Ten Hag

Frenkie De Jong masih berkeras tidak mahu meninggalkan Barcelona. Walaupun jelas sekali kelab itu mahukannya dijual segera. Dengan Barcelona sebelum ini sudah mencapai kesepakatan harga dengan Manchester United selepas beberapa siri rundingan.

Namun perpindahan itu gagal direalisasikan kerana De Jong tidak mahu ke Manchester United.

Barcelona baru baru ini meminta De Jong menerima pemotongan gaji 50% jika dia mahu kekal. Dan pada masa yang sama kelab masih berhutang gaji EUR17 juta dengan pemain itu.

Ianya mendapat perhatian daripada Gary Neville yang membidas Barcelona sebagai pembuli. Alasan Barcelona adalah mereka tak ada duit. Namun di mata Neville, mereka cuma beralasan kerana mereka berterusan membeli dan menandatangani pemain baharu. Pada masa yang sama menangguhkan bayaran gaji pemain yang sedia ada.

Neville merasakan bahawa De Jong harus bertindak tegas mengheret Barcelona ke FIFA atas tuduhan membulinya.

Xavi Hernandes sebelum ini sudah dua kali menurunkan De Jong sebagai bek tengah. Media merasakan bahawa ianya isyarat bahawa De Jong tidak diperlukan di pasukan itu dan tidak akan menjadi pilihan utama di bahagian tengah.

Xavi menafikan itu niatnya, kerana dia menegaskan De Jong memang boleh bermain di bek tengah.

Dengan jendela perpindahan tinggal kira kira dua minggu lagi, Barcelona masih gagal menjual De Jong atau mencapai kesepakatan pemotongan gaji pemain itu.

Manchester United masih menunggu pemain itu bersetuju menyertai mereka. The Athletic tampil dengan laporan bahawa, alasan utama De Jong menolak ke Manchester United adalah kerana kelab itu tak bermain di UCL.

Laporan yang sama menyebut, De Jong sebenarnya tidak begitu rapat dengan Ten Hag ketika di Ajax. Hubungan mereka cuma sebagai pemain dan pengurus. Oleh sebab itu, dia tidak begitu sentimental untuk bergabung semula dengan Ten  Hag.

Manchester United memiliki kuasa wang yang cukup untuk memenuhi semua tuntutan dari segi pakej kewangan untuk De Jong namun malangnya pemain itu masih tidak tertarik.

Seterusnya, keinginan Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Man United kerana tidak mahu bermain di Europa League juga mempengaruhi De Jong. Di mana De Jong turut tidak yakin bahawa kelab itu benar benar akan kembali semula ke UCL pada musim hadapan.

Laporan itu disusuli oleh laporan Sports ES dari Sepanyol yang menyatakan bahawa, De Jong lebih berminat untuk menyertai Chelsea, jika keadaan memaksanya. Buat masa ini dia masih mahu terus bertahan selagi mampu. Kerana dia sangat sayangkan Barcelona sebagai kelab yang dia sokong sejak kecil.

Chelsea merupakan kelab yang bermain di Liga Juara Juara Eropah. Dan itu menepati kehendak De Jong.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan