Alasan Utama EPL Tunda Aksi Minggu Ini: “Risau Penyokong Ejek Upacara Penghormatan”

Premier League telah memutuskan untuk menangguhkan aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini. Ianya sebagai langkah penghormatan di atas kemangkatan Ratu Inggeris, Ratu Elizabeth II.

Istana Buckingham telah mengeluarkan kenyataan bahawa seluruh UK berkabung. Tiada acara hiburan, konsert dan beberapa acara lain selama 10 hari.

Namun untuk bola sepak, Buckingham tidak melarang aksi bola sepak yang dikategorikan sebagai sukan,

Premier League menentukan sendiri untuk menangguhkan aksi pada minggu ini.

Peter Crouch antara yang mempersoalkan perkara itu, kerana menurut Crouch, bukankah lebih baik ada bola sepak EPL minggu ini. Liga paling popular di dunia menunjukkan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II dengan memakai lilitan lengan warna hitam dan juga mengadakan sesi penghormatan seminit sebelum sepak mula.

Crouch menulis tweet: “Saya tahu ianya cuma satu permainan, dan ada perkara yang lebih besar. Tetapi bayangkan dalam semua perlawanan bola sepak kita berlangsung hujung minggu ini.”

“Lilitan lengan hitam, penghormatan, lagu kebangsaan, band diraja memainkannya [muzik lagu kebangsaan] dan sebagainya kepada jutaan manusia di seluruh dunia menyaksikan?”

“Bukankah ianya selamat tinggal yang lebih baik?”

Dalam aksi UEL dan UECL beberapa hari lalu, beberapa stadium memberikan penghormatan terakhir.

Tiada lagu dimainkan sebelum sepak mula. Walaupun peminat West Ham memutuskan untuk menyanyi lagu kebangsaan negara mereka God Save The Queen dengan sepenuh hati.

Aksi di antara Man United dan Royal Sociedad dimulakan dengan sesi penghormatan khas. Termsuk dalam aksi antara FC Zurich dan Arsenal.

Tetapi ada insiden di UK, di Ireland di mana penyokong mereka telah meraikan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Selain itu sebelum sepak mula antara Arsenal dan FC Zurich, terdapat penyokong Zurich yang mengejek penghormatan terakhir itu.

Di Scotland turut terdapat kejadian yang sama melibatkan penyokong Heart.

Risau dengan kejadian seperti ini akan berlaku, membuatkan Premier League memutuskan tidak menjalankan aksi EPL minggu ini.

Hal ini kerana di media sosial sudah ramai pihak yang anti monarki di UK telah ‘meraikan’ kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Dipetik dari Sport Bible, portal itu menulis laporan daripada Matt Hughes dari Dailty Mail yang bertulis: “Mengambil kira sesi penghormatan terakhir Ratu mungkin akan tidak dihormati secara uiversal, dan potensi menanggung malu di mata dunia, jika ada penyokong yang mengejek, telah menjadi faktor dalam keputusan untuk menangguhkan semua aksi bola sepak di UK pada hujung minggu ini.”

Ratu Monarki UK Paling Lama Bertahta, Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Ratu Elizabeth II, ratu paling lama bertahta di singgahsana istana di UK, telah mangkat di Balmoral pada usia 96 tahun, selepas memerintah selama 70 tahun.

Keluarganya berkumpul di estet milik mereka di Scotland selepas kebimbangan bertambah tentang kesihatannya pada awal Khamis.

Ratu Elizabeth II naik takhta pada tahun 1952 dan menyaksikan perubahan sosial yang besar.

Dengan kematiannya, anak sulungnya Charles, bekas Putera Wales, akan mengetuai negara berkabung sebagai Raja dan ketua negara baharu untuk 14 negara Komanwel.

Dalam satu kenyataan, Istana Buckingham berkata: “Permaisuri Ratu telah meninggal dunia dengan aman di Balmoral petang ini.”

“Raja dan Permaisuri akan kekal di Balmoral petang ini dan akan kembali ke London esok.”

Semua anak Ratu Elizabeth II berkumpul Balmoral, dekat Aberdeen, selepas doktor meletakkan Ratu di bawah pengawasan rapi.

Cucunya, Putera William, juga berada di sana, bersama dengan Putera Harry.

Tempoh Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara merangkumi era pasca perang, peralihan daripada empayar kepada Komanwel, berakhirnya Perang Dingin dan kemasukan UK ke dalam – dan kemudian penarikan diri daripada – Kesatuan Eropah.

Pemerintahannya merangkumi  era pentadbiran 15 perdana menteri bermula dengan Winston Churchill, lahir pada 1874, dan termasuk yang terkini, Liz Truss, lahir 101 tahun kemudian pada 1975, dan dilantik oleh Ratu awal minggu ini.

Ratu mengadakan pertemuan mingguan dengan perdana menterinya sepanjang pemerintahannya.

Di Istana Buckingham di London, orang ramai yang menunggu maklumat terkini mengenai keadaan Ratu mula menangis apabila mendengar kemangkatannya.

Ratu dilahirkan Elizabeth Alexandra Mary Windsor, di Mayfair, London, pada 21 April 1926.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi