Alasan Weghorst: “Saya Sebenarnya Nak Provok Van Dijk Sebelum Perlawanan”

Wout Weghorst telah tampil menjawab kritikan ke atasnya berikutan dia menyentuh plat THIS IS ANFIELD di terowong Anfield ketika memasuki padang.

Ramai mempersoalkan dedikasinya kepada Manchester United dan juga semangatnya kepada pasukan itu. Dia dituduh tidak memahami perseteruan antara Man United dengan Liverpool.

Beberapa tahun lalu Weghorst pernah menyatakan bahawa dia meminati beberapa kelab besar di Eropah termasuk Liverpool dan AC Milan.

Jadi, ada beberapa peminat mengaitkan Weghorst membawa sentimen penyokong Liverpoolnya dalam perlawanan itu.

Segelintir peminat mulai melabel dia sebagai pemain paling teruk dalam sejarah United selepas menyentuh plat tersebut.

Weghorst tampil menjawab tuduhan itu dan berkata dedikasinya adalah 100% kepada Man United dan “tidak boleh dipertikaikan” selepas dia menyentuh tanda ‘Ini adalah Anfield’ sebelum pasukannya dibelasah Liverpool 7-0 pada Ahad.

Penyerang Weghorst berkata niatnya adalah untuk “menghentikan” kapten Belanda Virgil van Dijk di dalam terowong.

Weghorst berkata, tindakannya menyentuh papan tanda tersebut sebagai ‘permainan psikologi’ kepada Van Dijk ataupun sedikit provokasi sebelum perlawanan.

Weghorst berkata: “Daripada pasukan kebangsaan saya tahu bahawa Virgil sentiasa menyentuh tanda itu.”

“Satu-satunya niat saya adalah untuk menghalang dia menyentuhnya dan cuba mengapi apikan dia sebelum perlawanan.”

Jarang sekali pemain lawan menyentuh tanda ikonik, terutama sekali pemain daripada musuh tradisi Manchester United.

Weghorst, yang dirakam mencapai tanda itu pada masa yang sama dengan pemain pertahanan Liverpool, Van Dijk, telah menerima kritikan di media sosial.

Untuk menjelaskan rakaman itu, Weghorst berkata di Instagram: “Biasanya saya tidak pernah bertindak balas terhadap topik media, tetapi untuk yang ini ia berbaloi untuk saya jelaskan, kerana anda peminat Manchester United yang hebat adalah penting bagi saya.”

Dia kemudian menafikan bahawa dia peminat Liverpool FC. Sebaliknya dia adalah peminat FC Twente ketika kanak kanak.

“Sebagai seorang kanak-kanak saya sentiasa menyokong FC Twente, dan sebagai pemain yang bangga kini untuk Manchester United, dedikasi saya kepada kelab ini tidak boleh dipertikaikan.”

“Ahad adalah hari yang mengerikan bagi kami semua, kami meletakkan segala-galanya untuk memperbaikinya pada minggu depan. Kami akan bangkit bersama dan mencapai matlamat kita bersama musim ini.”

Walaupun gagal beraksi baik di Anfield, namun siapa yang dapat mempertikaikan sumbangan Weghorst dalam beberapa perlawanan penting United termasuk ketika final Piala Carabao.

Baca yang lain

Mike Tyson vs Jake Paul Julai Ini

Pertarungan petunjukkan antara Mike Tyson menentang YouTuber, Jake Paul akan dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024. Pertarungan itu akan disiarkan secara langsung