Anda mungkin ada masalah berdengkur yang kuat dan mampu membuatkan orang lain tak boleh tidur. Sampai didengar rumah sebelah.
Namun jangan risau, sekarang ini pakar tidur anda, telah mencipta satu alat untuk mengatasi masalah dengkuran korang tu.
Ini akan membantu korang, ataupun nak beli untuk rakan korang yang kuat berdengkur.
Professor Anshul Sama, pakar bidang gangguan tidur telah mencipta satu alatan kecil untuk mengatasi masalah dengkur ini.
Di mana alat tersebut disepit pada lidah dan menghasilkan satu arus elektrik untuk merenjat bahagian otot pada lidah korang.
Namun renjatan tu tak kuat la. Atas tujuan perubatan.
Snoozeal
Ciptaan ini diberikan nama Snoozeal. Dan ketika ini dilaporkan memiliki kadar kejayaan yang sangat tinggi di atas pars 70%/
Beberapa siri ujian dilakukan di Jerman dan Britain, sebelum ini bersedia untuk dipasarkan ke seluruh dunia.
Ianya berkesan
Salah seorang pengguna yang berpuas hati adalah seorang wanita Louise Fitzpatrick, yang membeli alat ini kerana dia buntu nak mengatasi masalah berdengkur dia yang macam setan kuatnya.
Louise berusia 50 tahun. Dan dia duduk dekat dengan perkarangan Stadium Emirates, home pasukan Arsenal tu.
Louise berkata: “Berdengkur ni sekarang dah menjadi satu masalah pula.”
Louise mengakui dia dan suaminya, Martin ada masalah tidur tak selesa selama bertahun tahun lamanya.
Di mana Louise telah mencuba banyak cara dan petua untuk mengurangkan dengkurannya.
“Dengkuran saya ni bukan saja mengganggu tidur Martin, namun ianya kadangkala membuatkan saya terjaga kerana terkejut. Saya dah letih dengan masalah ini.”
Selepas itu, Louise menghadiri sesi dengan pakar, telinga hidung dan kerongkong.
Dia mengambil keputusan drastik untuk membuang tisu di bahagian belakang kerongkongnya untuk kembali tidur normal.
Namun, ketika dia sedang menunggu hari untuk pembedahan, pakar bedah dia mencadangkan agar dia mencuba dahulu Snoozeal dengan menjadi sebahagian daripada program ujian peralatan itu.
Program itu adalah anjuran University College London Hospital.
Bagaimana berfungsi?
Mulanya Louise pelik, bagaimana benda ni berfungsi? Lalu beliau diterangkan oleh promoter barangan tersebut dengan berkata:
“Alat ini macam ada satu sepit ketam. Dan ianya dimasukkan ke dalam mulut dan disepit pada lidah.”
Benda tu akan diletakkan pada lidah selama 20 minit setiap hari selama enam minggu, ketika Louise tidak tidur.
Satu arus elektrik akan dihantar ke bahagian otot lidah dan kemudian mengeluarkan renjatan untuk menguatkan otot di belakang kerongkong yang menyebabkan dengkuran.
Malah peralatan ini juga ada aplikasi pada telefon pintar untuk korang melihat hasilnya.
Louise sangat berpuas hati dengannya. Kerana ia mampu mengatasi masalah dengkurannya dengan cepat.
“Saya segera melupakan pembedahan yang saya rancang beberapa minggu sebelumnya.”
“Selepas menggunakan Snoozeal ni, saya merasai perubahan yang ketara.”
“Selepas enam minggu menggunakannya, saya tidak berdengkur langsung.”
“Saya kagum dan sekarang saya dah cukup tidur dah, dan tak mendengar rungutan daripada Martin lagi.
Dalam aplikasi tersebut, ianya juga merekodkan pattern tidur dan membantu untuk memperbaiki tidur supaya menjadi berkualiti.
Alatan yang terbaik
Professor Sama menjelaskan: “Banyak alat bantuan tidur ni tak berkesan kerana ianya perlu digunakan ketika sedang tidur.”
“Malah, jika korang melakukan pembedahan pun, tidak menjamin masalah itu akan diatasi. Dan pembedahan tersebut sebenarnya dilarang oleh NHS kerana membazir wang dengan hasil tak terjamin.”
Jadi selepas ini, korang dah boleh elak dah nak tutup kawan ataupun pasangan korang dengan bantal di atas mukanya ketika tidur, bahaya tu woi.