Andrea Iannone sah dikenakan larangan untuk berlumba selama empat tahun selepas WADA menang kes rayuan di CAS.
Hukuman itu menjadi perdebatan hangat di kalangan peminat sukan pemotoran. Rakan sepasukannya di pasukan Aprilia Gresini, Aleix Espargaro, berpendapat hukuman empat tahun itu terlalu berat dan melampau.
Andrea Iannone didapati bersalah melakukan doping pada akhir 2019. Dia disyaki sengaja menggunakan bahan terlarang drostanolon yang masuk melalui makanan di MotoGP Malaysia 2019, November tahun lalu.
Persekutuan Perlumbaan Motosikal Antarabangsa (FIM) kemudian mengenakan larangan lumba 18 bulan ke atas Andrea Iannone mulai 17 Disember 2019.
Malangnya, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Mereka mendesak CAS untuk meningkatkan hukuman dari 18 bulan menjadi empat tahun.
CAS membenarkan rayuan tersebut pada hari Selasa lalu.
Tambahan pada tempoh hukuman itu membuatkan Aleix Espargaro keliru dan tidak pasti kenapa hukuman terlalu berat dikenakan ke atas rakannya.
Menurutnya, hukuman setahun atau 18 bulan yang dikenakan sebelumnya sudah mencukupi. Empat tahun, menurutnya, sangat kejam.
“Satu tahun, atau 18 bulan, sudah cukup. Empat tahun adalah penyeksaan dan itu terlalu berat bagi saya. Namun, WADA telah membuat keputusan, jadi tidak ada lagi yang harus dilakukan, “kata Aleix Espargaro.
Pelumba dari Sepanyol itu tidak mempertikaikan kesalahan yang disabitkan kepada rakannya itu. Namun pada masa yang sama beliau percaya dengan kenyataan Iannone bahawa dia mendapat barang terlarang itu daripada makanan yang tercemar dan bukannya sengaja.
Kerana bagi Espargaro, dadah tidak memberikan manfaat kepada pelumba motosikal di atas litar persaingan.
“Sekiranya Andrea mengatakan ia adalah pencemaran daging, saya boleh mempercayainya. Kenapa tidak? Di MotoGP, anda tidak akan mendapat apa apa manfaat daripada penggunaan dadah.”
“Namun, dia satu-satunya pihak yang tahu apa yang sebenarnya berlaku.”
Aleix Espargaro: Iannone's 4-year ban 'ridiculous'
Full story 👇 https://t.co/5Vj1TW45r3
— CRASH.NET/MotoGP (@crash_motogp) November 12, 2020
“Yang boleh saya katakan adalah empat tahun adalah terlalu lama, walaupun Andrea melakukan kesalahan doping. Dan jika disebabkan oleh pencemaran daging, ia kelihatan kejam. ”
“Walaupun dia memakan daging itu atas inisiatifnya sendiri, tetapi bagi saya hukuman itu masih terasa berat, ” jelas Aleix Espargaro.
Andrea Iannone hanya akan kembali pada akhir tahun 2023, ataupun pada musim 2024. Ramai yang merasakan karier Iannone hampir berakhir – di mana pada 2023, beliau sudah berusia 33 tahun ketika itu.