Pemain bintang Bayer Leverkusen akui terkejut apabila bekas pengurusnya Michel mendedahkan dia merindui Aleix Garcia.
Menurut Aleix Garcia, Michel tidak pernah melayannya dengan mesra. Sentiasa ada sahaja benda tak kena. Sentiasa memarahinya dan tidak pernah memujinya langsung ketika dia beraksi cemerlang.
Aleix Garcia menjadi pemain penting Girona musim lalu. Sebelum memutuskan untuk menyertai Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan €18 juta.
Bercakap kepada wartawan, dia menegaskan bahawa dia menegaskan bahawa hubungannya dengan Michel sentiasa profesional dan tegang.
Namun itu yang menjadikan dia pemain yang lebih baik.
“Saya baru tahu tentang [temuramah] itu [di mana Michel mengakui dia merindui saya]. Dia tak pernah menyatakan perkara itu secara terus terang dengan saya.
“Dia seorang yang tak pernah memberikan saya pujian langsung. Sentiasa meroyan depan saya. Kadangkala saya pun menyampah dengan dia.
“Dia kadangkala pukul saya sikit. Namun jika dia kata begitu, pasti ada sebabnya.”
Michel menyatakan bahawa sejak Aleix Garcia meninggalkan Girona, mereka tidak ada pemain yang sama profile dengan pemain tersebut yang boleh mencetuskan ancaman dan cepat bertahan.
Aleix Garcia yakin bahawa ada pemain lain yang cukup bagus di Girona yang memiliki profille mereka sendiri.
“Musim lalu, musim yang baik untuk kami di Girona. Di mana menunjukkan prestasi kemuncak kami. Kami boleh menyerang dengan baik dan boleh mengawal tempo permainan atau dengan cara hantara panjang dan gerakan lebih pantas.
“Dan sekarang mereka mungkin tak ada profile tersebut, namun mereka ada beberapa pemain dari profile lain yang cukup bagus,” kata Aleix Garcia.
Musim ini Girona bergelut di zon pertengahan liga. Berbeza sekali dengan musim lalu di mana mereka mencabar kejuaraan liga sehingga ke bulan bulan akhir persaingan.
Girona melayakkan diri ke UCL musim ini selepas menamatkan saingan La Liga musim lalu di tangga ketiga.
Malangnya musim ini mereka gagal mara ke pusingan kalah mati UCL. Selepas menamatkan peringkat kumpulan di tangga ke-33. Dengan hanya mengutip 3 mata.