Alex Morgan Mahu FIFA Tolak Tajaan Arab Saudi Kerana Menentang Kebebasan Hubungan

Alex Morgan mengkritik FIFA yang sedang berunding dengan penaja dari Arab Saudi untuk menaja Piala Dunia wanita tahun ini.

Laporan menyebut bahawa FIFA sedang berunding dengan kerajaan Arab Saudi dan menjadikan Visi Saudi sebagai salah satu penaja yang akan menaja Piala Dunia Wanita 2023.

Alex Morgan mengecam tindakan FIFA dan menyatakan ianya tindakan pelik. Morgan beraksi 201 kaps untuk USA antara pemain yang dijangka akan menjadi bintang pertandingan itu sekali lagi.

Pemain berusia 33 tahun itu mewakili USA dalam pertandingan SheBelieves Cup, yang turut disertai Brazil, Kanada dan Jepun, berkata:

“Ianya tindakan pelik kerana FIFA mencari tajaan yang ada Visit Saudi untuk Piala Dunia 2023. Sedangkan orang macam saya ni [menyokong kebebasan hubungan sejenis] tidak dialu alukan atau diterima di negara itu. Saya sangat tidak faham.”

Alex Morgan kemudian meminta FIFA menolak tajaan itu dan menyindir Arab Saudi agar lebih baik wang itu digunakan untuk memajukan bola sepak wanita di negara itu yang masih mundur.

Alex Morgan menegaskan bahawa Arab Saudi sebagai sebuah negara yang mencabuli hak kebebasan manusia dengan peraturan di negara tersebut yang melarang perkahwinan atau hubungan sejenis, misalnya.

“Saya sangat berharap FIFA buat keputusan betul kali ini. Maksud saya, ramai yang menentang tajaan ini kerana berkaitan isu moral, dan ini tidak masuk akal.”

“Kita tiada hak mengawal siapa rakan rasmi FIFA. Namun di USA kami hanya mencari rakan rasmi dari kalangan mereka yang sehaluan pendapat dengan nilai yang kami tetapkan.”

“Bola sepak di USA sangat menyokong hak asasi manusia dan kesamarataan buat semua. Dan percaya bahawa sukan ini akan memberikan impak positif.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai