Alexa Bliss Kongsi Perasaan Berpeluang Bekerjasama Dengan The Fiend

Alexa Bliss baru-baru ini muncul dalam ‘Alison Rosen Is Your New Best Friend’ untuk membicarakan pelbagai topik, termasuklah tentang perasaanya bekerjasama dengan Bray Wyatt di WWE sekarang.

Juara Dunia Wanita Raw sebanyak tiga kali itu tiada apa yang mampu diucap melainkan memberi puji-pujian kepada rakan barunya di jenama merah itu.

Alexa Bliss sangat gembira dan menyifatkan bekerjasama dengan penggusti sehebat Bray Wyatt memberikan beliau pengalaman yang kreatif dan menyegarkan.

“Saya sedang melalui detik yang sungguh menggembirakan bersama WWE sekarang. Saya selalu mengimpikan untuk bekerjasama dengan seseorang seperti Bray.”

“Dia seorang yang sangat bagus dalam apa jua yang dia lakukan. Dia begitu banyak melakukan kajian dalam apa saja yang dia buat, dan dia merupakan contoh bintang WWE sebenarnya yang harus dicontohi.”

“Dia seorang yang menarik, dia selalu berkembang dan berubah dan menjadi sesuatu yang baru serta menyegarkan. Dan berpeluang untuk bekerjasama dengan seseorang seperti dia pastinya menaikkan lagi semangat serta kreativi kita.”

Bliss turut menyatakan bahawa seseorang penggusti itu hanya akan menjadi lebih bagus apabila dia bekerjasama dengan seseorang yang lebih bagus darinya.

Bliss turut sering menyesuaikan diri apabila berpeluang untuk berkolaborasi dengan bintang WWE yang berbeza dan ianya sangat membantu dirinya supaya menjadi seorang penggusti yang lebih hebat.

Secara ringkasnya, Alexa menyatakan bahawa beliau sangat gembira dan berbangga apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan seseorang bernama Bray Wyatt.

Alexa Bliss baru-baru ini juga muncul dalam ‘Bray Wyatt’s Firefly Funhouse skits’, namun, kedua-dua bintang WWE itu terlibat dalam situasi dan jalan cerita yang berbeza.

Sisi gelap Bray Wyatt, ‘The Fiend’ tidak pernah sama sekali melupakan apa yang telah di lakukan oleh Randy Orton terhadap masa lalu Wyatt.

Dan ianya kekal menjadi salah satu jalan cerita yang sangat dinantikan oleh para peminat yang mahu melihat apa lagi yang akan dikeluarkan oleh pihak kreatif WWE untuk memanjangkan perseteruan antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, The Fiend kini sering muncul dalam kehidupan Randy Orton yang sekarang dan ianya seperti salah satu pembinaan kepada permulaan semula perseteruan antara mereka berdua.

Alexa Bliss turut mula menghantui kehidupan Randy Orton yang sekarang, namun dalam masa sama, beliau tetap dihantui oleh kisah persahabatan antaranya dengan Nikki Cross.

Sejak Alexa mula menyertai the fiend dan menjadi salah seorang gadis psycho, hubungan persahabatannya dengan Nikki mula berantakan.

Pada episod terbaru RAW minggu lalu, Alexa Bliss telah memilih perhubungan antaranya dengan The Fiend berbanding persahabatan lamanya bersama Nikki Cross.

Karakter terbaru Alexa Bliss yang menjadi pendamping kepada the fiend telah berjaya menarik perhatian para peminat dan beliau kini menjadi salah seorang penggusti kegemaran dalam card teratas WWE.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.