Alexis Salahkan Mourinho Tak Pandai Handle Pasukan

Alexis Sanchez Telah menyalahkan Jose Mourinho di atas kegagalan beliau di Man United.

Alexis Sanchez juga mengatakan bahawa dia tidak menyukai cara Jose Mourinho menguruskan pasukan.

Di mana Mourinho menurut beliau telah menghancurkan keyakinan skuad mereka di Manchester United.

Sanchez bergelut untuk bermain pada prestasi terbaik ketika di United berikutan perpindahannya yang sangat sensasi dari Arsenal pada tahun 2018.

Dalam beberapa musim terakhirnya di Arsenal, Sanchez telah menjadi fenomena. Beliau bermain dengan baik sekali.

The Red Devils mendapatkan Sanchez dengan perpindahan yang melibatkan pertukaran pemain sekali.

Di mana United menyertakan Henrik Mkhitaryan yang ketika itu dalam prestasi cemerlang untuk United.

Mkhitaryan ketika itu divaluasi pada nilai pasaran sekitar £40 juta.

Sanchez memberitahu BBC bahawa Jose Mourinho menjadi watak antagonis utama yang membawa kepada kegagalannya di Old Trafford.

Mourinho telah membunuh keyakinan beliau di atas padang.

“Saya mengatakan perkara seperti itu dan itu adalah pada pendapat saya,” tegas beliau.

“Mourinho adalah salah sorang jurulatih terbaik di dunia dalam cara dia melatih pemain, bagaimana dia mempelajari video, dan cara dia melakukan sesuatu.”

“Tetapi kemudian, di dalam kumpulan ada perasaan bahawa anda berada dalam pasukan dan kemudian kamu akan keluar.”

“Kadang-kadang saya tidak bermain, kemudian saya diarahkan bermain, lepas tu tak main lagi. Maka, sebagai pemain anda kehilangan kepercayaan diri, setiap pemain kehilangan kepercayaan diri apabila diperlakukan sebegitu.”

“Adakah anda faham dengan apa yang saya cuba sampaikan?”

“Dan kemudian suasana yang tidak sihat pula wujud.”

“Kadang-kadang saya bermain dengan baik dan saya menjaringkan gol dan dia mengeluarkan saya. Dan saya akan berkata, ‘Saya suka bola sepak, saya suka bola sepak.'”

“Saya telah bermain bola sepak sejak berusia lima tahun dan jika bola diambil dari saya, seolah-olah saya kehilangan kegembiraan. Saya adalah manusia seperti itu.”

Sanchez dipinjamkan ke Inter Milan pada awal musim setelah bos United baru Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan bahawa dia tidak lagi diperlukan di Old Trafford.

Sanchez memiliki rekod kecederaan yang agak merisaukan sejak beberapa musim ini.

Jose Mourinho kemudiannya dipecat oleh Man United selepas bilik persalinan pasukan berantakan. Ramai pemain mulai menentang beliau.

Antaranya Paul Pogba yang kemudiannya dilabel Mourinho sebagai virus.

Baru baru ini Marcus Rashford menyatakan, ketika di bawah era Mourinho beliau telah menjadi pemain lebih matang kerana terlalu banyak tekanan yang dihadapi ketika itu.

Rashford menegaskan masa di bawah kendalian Mourinho sebagai paling mencabar.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil