Ligue 1 ada peraturan yang sangat ketat untuk nombor jersi pemain. Di mana para pemain hanya dibenarkan menggunakan nombor dari 1 sehingga 30 sahaja,
Peraturan LFP #670 berbunyi: “Setiap kelab Ligue 1 dan Ligue 2 mesti menetapkan senarai di daftar nombor jersi, 72 jam sebelum permulaan pertandingan.”
“Senarai ini tidak boleh melebihi 30 nama, nombor 30 adalah yang terakhir dalam senarai dan boleh ditambah dan dikemas kini dengan sebarang perubahan dalam kelab. Jika kelab menggaji lebih daripada 30 pemain profesional di bawah kontrak.”
“Nombor 1, 16 dan 30 mesti dikhaskan secara eksklusif untuk penjaga gol. Akhirnya, nombor 40 boleh diberikan jika ada 4 penjaga gol dengan nombor 1, 16 dan 30 sudah digunakan.”
Namun begitu, Ligue 1 telah memberikan beberapa kelonggaran dalam beberapa tahun terakhir ini. Terutama sekali kepada bintang nama besar yang datang ke liga mereka. Harus diakui, ianya atas tujuan komersial.
Tahun sebelum ini, Gianluigi Donnarumma mendapat penangguhan khas yang diberikan supaya dia boleh memakai No.50. Manakala Lionel Messi dibenarkan memakai nombor yang biasa dipakai oleh penjaga gol ketika mengambil nombor 30.
Messi masih mengekalkan no.30 itu pada musim ini.
Messi hanya memakai no.10 ketika aksi Piala Perancis musim lalu. Di mana ketika itu Neymar cedera. Peraturan Piala Perancis pula, kesebelasan utama harus memakai jersi 1-11. Dan ianya tidak perlu sama dengan nombor jersi yang dipakai oleh pemain dalam Ligue 1.
Here is the reason why Lionel Messi is wearing No.10 Jersey for PSG vs Nice this night.
In the rules of Coupe de France, a team’s Starting XI must wear numbers 1-11 (and sub wears numbers below 25). Neymar was absent, leaving number 10 vacant for Messi to wear.#Sportlens360 pic.twitter.com/Rd1edPF95g
— Damilola Alagbe (@dammydudu) January 31, 2022
Bagaimanapun, Footy Headlines telah mengesahkan bahawa nombor baju dalam Ligue 1 kini peraturan nombor jersi semakin dilonggarkan. Walaupun peraturan no.1 hanya untuk penjaga gol masih lagi diperketatkan.
Namun pemakaian nombor lain seolah olah semakin dilonggarkan.
Misalnya, Donnarumma dibenarkan memakai nombor 99, mengikut tahun kelahirannya. Chancel Mbemba dan Wahbi Khazri, yang pernah bermain dalam Liga Perdana bersama Sunderland dan Newcastle, turut memakai No.99.
Bekas penyerang Barcelona, Arsenal dan Manchester United, Alexis Sanchez tidak dapat memakai nombor 7 di Marseille dan sebaliknya memilih nombor 70.
“Marseille fans will love Alexis Sanchez” https://t.co/rhZfQHyYWG
— Wanderlust (@aliaannet) August 13, 2022
Sementara bekas rakan sepasukan Alexandre Lacazette kini memakai No.91 di belakangnya di Lyon kerana pemain No.9 itu tidak tersedia.
Corentin Tolisso juga kembali musim panas ini dan memakai No.88 juga kerana no.8 sudah tidak tersedia.
Ligue 1 mempertimbangkan bahawa, mereka mahu memastikan bintang bintang ini tetap datang ke Ligue 1 dan selesa memilih nombor yang mereka sukai atau alternatif.